Sunday, May 22, 2011

Andaian harga EMAS – ulangi kitaran harga 1980??


 

Harga emas diniagakan rendah dalam tempoh 2 minggu lepas, di mana harga susut sebanyak 85us/oz!!! Ramai mengandaikan kitaran harga emas 2011 akan mengulangi kitaran harga 1980 atau mungkin lebih rendah…

Tetapi mengikut pengalisis utama David Levenstien menerusi artikelnya “Don’t Be Fooled; This Gold Cycle Is Not The Same As 1980”!:berpendapat:

Jika benarlah kitaran harga komoditi itu akan berulang dan sama dengan pergerakan harga 1980 atau sebelumnya, maka mudahlah kita membuat duit di dunia ini…HANYA TUNGGU KITARAN ITU BERLAKU DAN AMBIL PELUANG BERURUSNIAGA MENGIKUT KITARAN ITU!!!!

Pergerakan harga emas yang sedang berlaku sekarang tidak boleh dibuat perbandingan atau kesimpulan dengan pergerakan harga 1980. Ia amat jauh berbeza.

Pada 1980 naik/turun harga emas dipengaruhi oleh beberapa peristiwa besar dunia yang berlaku pada ketika itu..
·         Penahanan askar Amerika di Iran semasa Revolusi Iran;
·         Pencerobohan  Soviet ke atas Kabul – Aghfanistan;
·         Kenaikan harga minyak yang mendadak hampir setiap minggu;
·         Kenaikan harga komoditi utama dunia termasuk emas dan perak yang tidak terkawal;
·         Kejatuhan nilai dolar telah menyebabkan kadar inflasi global meningkat hingga 10%

Tambahan pula pada ketika itu, pengetahuan tentang perkembangan ekonomi dunia begitu terhad ekoran dari system komunikasi yang terbatas. Tiada internet dan mesin faks pun, masih belum diperkenalkan lagi!! Komunikasi hanya melalui telefon dan telex sahaja. Dan tidak ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang kehebatan ekonomi Negara Cina.

Sebagai contoh;

Pada awal 1979 emas diniagakan bawah 300us/oz, iaitu di antara 240-280us/oz dalam tempoh 5 bulan pertama. Harga telah melonjak 315us/oz pada Jun, kemudian turun kepada 280us/oz pada pertengahan Julai. Harga meningkat secara mendadak sehingga 875us/oz dalam tempoh 5 bulan kemudian. Harga meningkat 3 kali ganda!! Pergerakan harga tidak menentu.

Ia amat berbeza dengan factor penyebab kepada pergerakan harga emas di era 2000. Peningkatan harga berlaku secara lebih gradual dan stabil mengikut asas (fundamental) ekonomi yang kukuh. Kejatuhan nilai Dolar Amerika dan lain-lain nilai mata wang utama dunia seperti EURO, YEN & STERLING merupakan punca kukuh terhadap kenaikan Harga Emas era 2000.

Selain daripada itu, pada hari ini pasaran matawang merupakan pasaran ekonomi dunia terbesar. Setiap orang boleh terlibat dengan urusan pasaran matawang dengan ada kemudahan INTERNET! Urusniaga matawang berada di hujung jari anda!!!!

Dan masa ini juga, Cina telah muncul sebagai kuasa ekonomi ke2 terbesar dunia setelah berada di tangga ke 11 pada tahun 1980. Di mana Negara ini juga telah muncul sebagai Negara pengeluar dan pengguna emas terbesar dunia. Serta bank-bank pusat juga, telah dan sedang menambah rizab emas mereka.

Jadi;

Andaian terhadap kitaran harga emas akan mengulangi corak 1980 atau lebih rendah adalah meleset dan TIDAK TEPAT.

David Levenstien menjangkakan harga emas akan melonjak dalam masa yang terdekat setelah berada dan ditutup pada paras 1470/1480us/oz pada dua minggu lepas.


No comments:

Post a Comment