Thursday, September 29, 2011

Kini urusniaga emas boleh melalui ATM…


Mesin emas dilancar di China

BEIJING – Mesin pengeluaran emas automatik buat kali pertamanya dilancarkan di sebuah pusat membeli-belah yang sibuk di Beijing, lapor akhbar People’s Daily kelmarin.


Orang ramai boleh memasukkan wang atau menggunakan kad bank untuk mengeluarkan batang atau syiling dalam pelbagai berat berdasarkan pasaran semasa.

Setiap pengeluaran emas boleh dibuat sehingga berat 2.5 kilogram (kg) atau satu juta yuan (RM489,514.00).

Mesin itu dilancarkan pada Sabtu lalu oleh Bank Komersial Pertanian Beijing dan sebuah syarikat perdagangan emas.

Kedua-dua pihak itu merancang untuk memasang beberapa mesin itu di lokasi-lokasi yang selamat seperti kedai emas dan kelab-kelab persendirian.

China merupakan pengguna emas kedua terbesar di dunia selepas India.


Petikan: KOSMO – 27 September 2011

No comments:

Post a Comment