Thursday, October 6, 2011

Bila masa sesuai untuk beli emas??


pic - google

Selalu saya ditanya pelanggan bila masa paling sesuai untuk beli emas…

JAWAPAN santai:

Bila kita ada DUIT…hehe…

Tapi wajarnya, boleh saya katakan di sini, mungkin kita boleh memilih di antara dua kategori berikut;

Pertama:

Pelaburan jangka masa panjang dalam tempoh 1 tahun ke atas. Beli emas dan simpan.. Tak perlu pantau pergerakan turun/naik harga emas harian. Kerana berdasarkan fakta sejarah dalam tempoh 10 tahun lepas, harga emas meningkat secara puratanya 25% setahun. Kalau dah rasa mencapai target untung, kita BOLEH JUAL balik… Selesai.   Ini boleh dikategorikan sebagai PELABUR PASIF!

Kedua:

PELABUR AKTIF. Bagaimana? Beli dan buat untung! Beli masa harga  rendah dan jual semasa harga tinggi. Menarik kan?

Dagangan emas sekarang memungkin kita melakukannya hanya dihujung jari.

Banyak syarikat dagangan emas yang telah menjalankan urusniaga mengikut pasaran emas antarabangsa dalam masa 24 jam secara on-line kecuali hari SABTU dan AHAD.

Public Gold umpamanya, telah menyediakan prasarana tersebut. Pelabur boleh lock price sama ada untuk beli atau jual balik emas secara on-line - 24 jam ( Rujuk harga emas semasa PUBLIC GOLD di side bar). Di mana harga yang ditawarkan amat berpatutan didasarkan pergerakan turun/naik harga emas dunia dengan spread yang rendah.

Bagi urusniaga begini para pelabur perlu pengetahuan mendalam dalam analisis teknikal terhadap tren turun/naik harian harga emas antarabangsa. Di mana pelabur perlu memantau trend dan arah pergerakan harga sebelum mengambil keputusan semasa membuat belian atau menjual balik emas bagi memaksimum untung masing-masing!!!!

Kesimpulannya:

Apa-apa pun, pelabur harus meletakkan target dalam pelaburannya sama ada untuk jangka masa panjang atau pun sebaliknya.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES.

4 comments:

  1. belum ada kesempatan lagi nak melabur
    harap2 masa tu akan segera tiba

    ReplyDelete
  2. tehr, peluang melabur sentiasa terbuka luas...salam sukses

    ReplyDelete
  3. nice informasi, nak melabur ah

    ReplyDelete
  4. thats gud for your future wealthy..salam sukses

    ReplyDelete