Sunday, January 1, 2012

Yuan bakal menggantikan US Dollar? - apa kesannya kepada EMAS!!!


Salam ukhwah..dan SELAMAT DATANG TAHUN 2012

Moga kita semua terus bahagia, berjaya dan sentiasa bersyukur…

Kita semua telah meninggalkan 2011 dengan penuh kenangan suka dan duka. Harapan semuanya itu menjadi asas kekuatan untuk terus berjuang di tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang!!!!

Apa yang berlaku sudah pun terjadi dan kita tidak berdaya mengubahnya, tetapi masa depan masih belum pasti…


pic - google

Di masa hadapan juga dijangka YUAN bakal menggantikan US dollar sebagai mata wang dunia. Ini berikutan dengan krisis kewangan dan jumlah hutang AS yang semakin meruncing. Dan kemerosotan nilai dolar berbanding dengan YUAN China kebelakangan ini akan memungkinkan fenomena ini.

Dan ia dipercayai boleh berlaku dalam masa 5 tahun akan datang, sekiranya Kerajaan China berusaha kuat untuk menobatkannya.

Jika ini berlaku, apa kesannya kepada nilai harga emas?

Bayangkan!

Ledakan nilai emas ketika itu.

Kerana;

Umumnya kita semua sedia maklum yang sudah sekian lama, Dolar AS tidak lagi disandarkan kepada nilai Emas tetapi berdasarkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi!

TETAPI sebaliknya, mata wang bagi Negara-negara ASIA termasuklah YUAN - China adalah disandarkan kepada nilai EMAS!

Dan BANK PUSAT Negara China sedang dan sentiasa menambahkan rizab emas mereka.

Jika ini berlaku EMAS akan menjadi satu fenomena yang menguasai kembali kegemilangan sebagai mata wang yang jauh dari manipulasi!

Rujukan: Mineweb-28 December 2011


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

8 comments:

  1. wah kl btul2 lg 5thn sape2 yg melabur emas mmg untunglah!

    ReplyDelete
  2. memang patut sangat dah tu
    dah lama aku heran dengan dollar amerika
    hutang bukan main banyak, tapi dollar dia jadi sandaran

    ReplyDelete
  3. adakah malaysia tidak cuba menambahkan rizab emas? atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  4. emas mahai la bro..huuuhu teringin tapi tak mampu

    ReplyDelete
  5. CIK TOM, labur emas ni mmg untung...wlu dlm apa keadaan pun...INSYALLAH.

    ReplyDelete
  6. Tehr,kalau dah berkuasa itu lah jadinya...dunia kacau bilau dibuatnya!!

    ReplyDelete
  7. IM, m'sia bertahan dgn khazanah emas!..

    ReplyDelete
  8. chemie, emas mmg mahal..itu buat ia bernilai dan berharga..sebenarnya chemie, semua org mampu memilikinya, cuma kita tidak pernah meletaknya dalam kepala sebagai pelaburan yang lebih prioriti! Wallahuallam.

    ReplyDelete