Thursday, February 16, 2012

Kenapa EmAs ditolak sebagai matawang dunia?


Salam ukhwah…salam sejahtera..

WANG. Manusia kerja siang dan malam membanting tulang, mengerah keringat memerah otak untuk mendapat wang. Pendek kata manusia sanggup melakukan apa saja semata-mata keranA WANG!

Jika begitulah pentingnya wang, sudah tentulah wang sesuatu yang AMAT BERNILAI DAN BERHARGA. Dan sepatutnya dibuat dari bahan yang BERHARGA!

Hanya Emas MENEPATI kriteria ini. Sejarah telah membukti emas telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai matawang. Emas juga dipercayai sebagai “GOD MONEY”

Emas juga telah digunakan sebagai matawang di zaman Rasulullah dan era sahabat sehinggalah pemerintahan Kerajaan Islam selepasnya!


ini dipercayai dinar yang pertama ditempa - google

Saya percaya kita semua pernah mendengar kisah sahabat yang membeli seekor kambing di zaman Rasulullah dengan harga satu dinar emas. Dan sekarang ni jugak harga seekor kambing berharga sama nilainya dengan satu dinar emas (lebih kurang RM750)!

MENAKJUB KAN?

Ini menunjukkan bahawa nilai matawang emas tidak boleh dimanipulasikan. Nilainya sama sejak zaman Rasulullah saw pada 1434 tahun dahulu hinggalah ke hari ini. Ia tidak boleh dimanipulasikan sewenang-wenangnya mengikut telunjuk “kekuasaan” sesebuah Negara/kerajaan.
Sekaligus membuktikan emas logam paling unik diciptakan Allah. Logam yang amat bernilai dan paling sesuai dijadikan sebagai matawang! ataupun sebagai sandaran kepada nilai matawang.

TETAPI,

Mengapa KERTAS pula diterima sebagai matawang dunia?

Kerana: AS mencipta wang kertas/dolar. WANG KERTAS BOLEH DICIPTA DAN BOLEH DIMANIPULASI NILAINYA. Walaupun ia hanya sekeping kertas! Sekeping kertas boleh diletak nilai 10, 100, 1,000, 100,000 malah boleh bernilai hingga berbillion2!


pic-google

Ironinya: Kebelakangan ini dolar ditambah lagi dan didagangkan kepada India, China dan Jepun! Semata-mata untuk mengimbangkan dan melangsaikan hutang Negaranya mencecah 15-trillion-dollar. Di samping berusaha mempertahankan dolar agar kekal relevan sebagai matawang dunia sekaligus menguasai ekonomi dunia.

Contoh paling nyata:
Minyak petrol diniagakan dalam dolar. Sebagaimana kita maklum Cuma 12 buah saja egara OPEC. Selebihnya, 181 buah lagi Negara di dunia ini bukan OPEC perlu ada dolar untuk dapatkan bekalan minyak!!

Bayangkan jika emas digunakan sebagai mata wang, ekonomi siapa yang akan ranap?

Dan telah banyak insiden yang telah dikaitkan dengan usaha untuk menggagalkan penggunaan emas sebagai matawang dunia!

“Saddam Hussien pernah mengisytiharkan Iraq tidak lagi akan menerima dolar dalam pembelian minyak pada November 2000, Amerika dan Tentera Bersekutu menceroboh Iraq 21 Mac 2003”
“Begitu juga dengan dengan nasib bekas Presiden Libya yang menngesa supaya menggunakan dinar emas dalam urusan urusniaga minyak, DIA telah ditembak mati oleh bepakaian Yankees dan bertopi”!
Petikan:The Tehran Times

…….mereka isYtihar perang ke atas negara TELUK…..


Ini hanya sekadar lontaran info untuk dikongsi bersama dan pandangan/ulasan semua amat dialu-alukan…



8 comments:

  1. Boleh suarakan supaya negara islam guna emas sebagai matawang

    ReplyDelete
  2. mmg dah banyak usaha utk kembalikan dinar emas sebagai mata wang dunia...tetapi belum menampakkan hasil...

    ReplyDelete
  3. Tunggu penjahat tu hancur je dulu
    Lepas tu ekonomi dunia mungkin lebih aman

    ReplyDelete
  4. insya-Allah suatu hr nanti emas kembali menjadi matawang..

    mungkin bukan pd generasi kita.. tp ms itu tetap jua akan tiba..

    ReplyDelete
  5. hm bula la agaknya akan ter realisasi kembali emas jadi mata wang seperti zaman Rasulullah dl...

    ReplyDelete
  6. tehr, org jahat selalunya susah nak dihancurkan..tetapi kita kena yakin kebenaran tetap akan muncul...INSYALLAH

    ReplyDelete
  7. lady, INSYAALLAH kita sama2 doakan.

    ReplyDelete
  8. CIK TOM,ia akan kembali apabila semua muslim mempunyai kesedaran utk memertabatkannya semula...sudah tentu penggunaannya memberi kebaikan kepada semua melangkaui bangsa maupun agamanya!

    ReplyDelete