Sunday, March 4, 2012

“Klu” harga emas minggu ini..

Salam ukhwah..moga sejahtera

Pertama-tama saya ingin ucapkan tahniah kepada pelabur yang sempat tuai untung ketika harga cecah pada kitco USD$1,790++/oz -  hari khamis 23 Februari lepas . Moga sentiasa diberkati dengan rezeki yang halal.

Walau bagaimanapun, harga emas tidak bertahan lama pada paras harga tersebut. Harga mengalami penurunan besar sehingga serendah USD$1,690++/oz pada Khamis (1 Mac 2012) minggu lepas.

Namun, para penganalisis berpendapat penurunan itu adalah fenomena yang sihat sebagai pembetulan/penstabilan harga emas. Harga emas dijangka akan terus naik pada minggu ini. Kerana masalah ekonomi global masih berada di takuk lama tanpa ada perubahan positif.
 
EMAS akan terus meningkat!

 Kitco survey untuk minggu ini, seperti di bawah:

 Kitco Gold Survey


Dan tempoh bearish ini adalah peluang terbaik bagi pelabur untuk membeli semula emas yang telah dituai..

Moga kita semua dilapangkan rezeki..


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

10 comments:

  1. memang sesuai untuk beli time harga jatuh nie,,,

    ReplyDelete
  2. tak tahu pula yang harga emas pun ada turun naik juga..

    ReplyDelete
  3. klu yg ditunggu2 selepas sikit menjunam minggu lepas

    ReplyDelete
  4. hatiputera, ini peluang kepada semua utk mula melabur kpd yg belum dan menambah stok emas kepada yang sudah melabur..

    ReplyDelete
  5. IM, utk membeli/melabur tidak pernah terlambat krn kenaikan harga emas secara relatifnya menguntungkan pelabur.

    ReplyDelete
  6. pandabear, harga emas ada naik/turunnya... w/bagaimana pun tak perlu risau krn selalunya kejatuhan harga emas tidak kekal lama ia akan kembali meningkat tinggi..
    dan,
    selamat datang dan terima kasih - sudi follow

    ReplyDelete
  7. denaihati, InsyaALLAH mengikut unjuran pengalisis teknikal, harga emas akan meningkat sehingga USD$1920/oz pada akhir April sebagai wave ke2 kenaikan harga emas iaitu setelah berjaya cecah harga +-USD$1800/oz yg diunjurkan sebagai wave pertama pada suku pertama tahun ini.

    ReplyDelete
  8. Selamat menuai untung kepada semua
    Aku masih musim menabur benih je ni

    ReplyDelete
  9. ok tehr, nanti kita sama-sama tuai..

    ReplyDelete