Tuesday, April 10, 2012

Berapa rendah harga emas akan turun?

Salam ukhwah…moga sejahtera

Mungkin entri ini memberi sedikit “pause” kepada semua bukan saja pelabur juga orang yang baru berjinak untuk melabur emas.. Kerana harga emas mengalami turun/naik harga dan telah membentuk corak kitaran yang tersendiri.

Pelabur-pelabur berpengalaman membuat perumpamaan melabur emas seolah-olah sama seperti memelihara anak remaja! Ia membawa kebanggan kepada famili dan juga tantrum atau kejutan yang sukar untuk dijangka! Begitu juga dengan kenaikan harga emas.

Harga emas pernah mencatat harga tertinggi USD$1900/oz pada September 2011.. Dan kembali rendah dalam beberapa bulan kebelakangan ini..

Mengikut Kitco WEEKLY Survey harga emas dijangka akan turun ke paras serendah USD$1580 – USD$1550/oz..

Kitco Gold Survey

Mengikut unjuran pengalisis, harga emas dijangka meningkat sehingga 48% pada tahun ini. Dan berdasarkan sejarah naik/turun harga emas pada 3 tahun lepas, mendapati 90% telah menepati unjuran sepertimana yang telah disasarkan..

Rebutlah adalah peluang terbaik ini untuk menambahkan pelaburan sedia ada, atau memulakan pelaburan kepada mereka yang sedang mencari peluang pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lumayan.
 

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

8 comments:

  1. Kakitangan kerajaan akan dapat tunggakan hujung hulan nanti
    Elok sangat tu kalau nak melabur

    ReplyDelete
  2. Tahniah tehr...poket akan tebal tu...boleh tambah pelaburan...moga sukses!

    ReplyDelete
  3. Assalam..
    Saya dah lama nak buka akaun emas tapi tak ada masa nak ke bank. nak pergi sendiri, hubby tak izinkan. nak ajak hubby temankan, sentiasa sibuk pulak dengan kerja.
    Sudahnya, saya simpan je duit tu tanpa apa2 pelaburan...Tiap hari asyik tengok je rate emas...
    Ada juga terpandang permohonan akaun emas online maybank tapi saya tak pasti betul ke tak cara tu..

    ReplyDelete
  4. semalam IM check dengan ar rahnu. rupanya harga emas bulan ini adalah rendah berbanding 5 bulan lalu...

    ReplyDelete
  5. Salam, Iza..melabur emas boleh dibuat sama ada dengan membuak akaun emas di bank atau membeli emas secara fizikal.

    ReplyDelete
  6. IM, mmg beberapa bulan kebelakangan ini harga emas sedang menurun..ini fenomena biasa. Dan kalau IM nak beli emas, sekarang ni masa yang terbaik la..

    ReplyDelete
  7. Asyik turun je ...,naik nya entah bila. Saya dah hilang keyakinan dengan harga emas ni.

    ReplyDelete
  8. simpan la untuk jangkamasa panjang..untuk pendidikan anak2.. untuk persaraan.. berbaloi baloi..

    ReplyDelete