Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana untuk membuat pelaburan emas?


Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu:
1.         Pelaburan secara emas fizikal
2.         Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1.         Syiling emas
2.         Jongkong emas
3.         Barang kemas


Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1.         Mudah dibawa
2.         Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3.         Mudah ditunaikan.
4.         Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5.         Boleh digadaikan.

Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain daripada itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%). Jadi, jika hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan beli emas dalam bentuk barang kemas.

Institusi yang menjual emas pelaburan.

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1.         Maybank - Syiling Kijang Emas
2.         UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3.         Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4.         Public Dinar – Dinar emas
5.         Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6.         Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

No comments:

Post a Comment