Wednesday, October 13, 2010

Kenapa perlu miliki emas?



Emas ialah kekayaan sebenarnya kerana nilainya tidak akan susut tetapi akan terus meningkat. Selain daripada itu emas tidak akan rosak dan sukar binasa dalam sebarang bencana seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Faktor ini merupakan penyebab utama mengapa emas menjadi penyimpan kekayaan yang sebenar kepada manusia.

Emas adalah aset yang terunggul.
Emas telah diterima dan dianggap sebagai logam paling bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Sebagai contoh: Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Emas terlalu istimewa kerana ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta atau diada-adakan!. Justeru itu iatidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yangmenggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi.

No comments:

Post a Comment