Tuesday, May 3, 2011

95 peratus EMAS Malaysia dari Kuala Lipis


Aktiviti perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa tempat dan kawasan yang dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu melintang, Jeli di Kelantan hingga ke Gunung Ledang Johor.

Lombong emas terbesar yang masih aktif di negara ini ialah di Penjam, Kuala Lipis dan ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Di samping itu, terdapat lombong yang masih aktif terdapat di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang yang semuanya terletak di Negeri Pahang.

Selain daripada itu, masih terdapat lima lagi lombong di Jeli serta enam lombong sekitar kawasan Raub dan Kuala Lipis di Pahang yang masih digali untuk perlombongan emas kormersial.

Mengikut sumber, taburan kawasan penemuan emas utama Semenanjung Malaysia terletak di Jalur Tengah iaitu dari Batu Melintang, Kelantan menganjur ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selingsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor.

Manakala kawasan penemuan terbaru logam berharga itu ialah di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan di Lubuk Mandi, Terengganu.

Sumber: KOSMO 14 April 2011 (Khamis) 

10 comments:

  1. info menarik nih....
    Jom p melombong di Lipis.. :)

    ReplyDelete
  2. Jom Cik SHinju...kita singgah ajak DATUK CT sekali...hehehe

    ReplyDelete
  3. kakpah selalu berangan terjumpa emas semasa mencangkul di belakang rumah...

    ReplyDelete
  4. wah.di sini segalanya tentang emas..

    ReplyDelete
  5. Best kan kakpah hanya mengcangkul belakang rumah dapat kita dapat emas....tak payah susah2 ke kuala lipis...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Ghost writer, hasrat saya agar blog ini menjadi tapak untuk berkongsi info tentang emas dan pelaburan... Biar ia menjadi topik perbincangan dan perbualan harian semua kita... Semoga semua dapat manfaatnya dan BERJAYA... INSYALLAH.

    ReplyDelete
  8. haha nak ikut kakak kepoh balik Kuala Lipis la camni....amacam

    ReplyDelete
  9. Mmg patutlah sud@is ikut kakak kepoh balik kuala lipis...sebab dah tak dak peluang nak berangan mencangkul emas belakang rumah... Tu lah siapa suruh extent rmh sampai ke back-lane...

    ReplyDelete
  10. Salam, bleh ke kite pegi je melombong secara mendulang kat situ, x kene tangkap ker... Kate itu kwsn pengeluaran emas komercial

    ReplyDelete