Tuesday, August 23, 2011

EMAS mula mencecah 1,900 usd/oz...

Salam Ramadhan Al –Mubarak.

Syukur kita masih sempat berada di fasa terakhir Ramadhan 1432.

Amat pantas masa berlalu..

Jika pada 2 Ogos 2011, harga emas mula bergerak mencecah paras 1,600 usd/oz. Dan pantas melonjak ke paras 1,700 usd/oz pada 8/8/11 dalam tempoh tidak sampai seminggu. Seterusnya bergerak ke paras melebihi 1,800 usd/oz pada 19/8/11, dalam masa tidak sampai 2 minggu.
Harga Emas dan nilai dolar bergerak songsang!

Ketika nilai dolar menjunam, EMAS semakin bullish. Ia berlaku ekoran dari krisis hutang Amerika., yang telah mengakibatkan kejatuhan nilai dolar. Krisis ini telah mencetus masalah kemelesetan ekonomi dunia, lebih-lebih lagi bagi Negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengannya dan  Negara kita tidak terkecuali!!!

Hari ini 23/8/11, pukul 1.30tgh hari tadi harga emas  mula mencecah ke paras 1,900 usd/oz..

Last updated 23/8/11 - 1.30 pm

Harga emas Public Gold - last updated 23/8/11 : 1.30 pm

Sasaran penganalisis, harga emas akan mencecah 2,000 usd/oz pada akhir 2011, berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan!


Selamat berpuasa.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES.

No comments:

Post a Comment