Wednesday, August 24, 2011

Harga emas catat rekod lagi – Berita Dunia, KOSMO 24 OGOS 2011

Salam Ramadhan..

Hari ini Berita Dunia - KOSMO melaporkan:

SINGAPURA – Harga emas mencatat rekod semalam apabila ia meningkat buat kali pertama melebihi AS$1,900 (RM5,35.40) satu auns yang beresamaan 31 gram dalam dagangan Asia.

Harga emas emas melonjak naik kerana para pelabur mencari pelaburan selamat ekoran krisis kewangan dunia.

Harga emas itu meningkat kepada AS$1,913.50 (RM5,675.44) satu auns di Singapura, meningkat 0.8 peratus berbanding kelmarin.

Sejak permulaan Ogos lalu, harga emas meningkat sebanyak 17 peratus. Peratus kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak 1982.

Harga emas itu telah mencipta rekod hampir setiap hari sejak beberapa minggu lalu. Setakat tahun ini, harga emas telah meningkat sebanyak 35 peratus.

Pakar-pakar menyatakan, harga emas mampu melebihi AS$2,000.00 (RM5,932.00) menjelang akhir tahun ini.

Petikan: Berita Dunia-KOSMO 24 Ogos 2011



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

No comments:

Post a Comment