Tuesday, September 27, 2011

Emas sedang dilanda gelombang TSUNAMI?


Kaget atau cemas?

Melihat harga emas susut mendadak seolah-olah dilanda tsunami… Akhir Ogos lalu harga emas pernah mencecah $1,900 usd/oz tetapi menyusut sehingga $1500usd/oz pada akhir September…
pic - google
Adakah ia akan berterusan?

Mengikut penganalisis keadaan ini berlaku kerana aktiviti mengambil untung di kalangan para taikun emas, menjual stok emas di paras harga tertinggi.

Ia sebagai langkah mengatasi kejatuhan saham akibat kemerosotan nilai dolar juga sebagai penyelamat “margin calls”. Mereka mengambil kesempatan menjual aset yang ada untuk menyelamat keadaan.

Sekarang emas sedang menghadapi pembetulan atau koreksi harga pasaran.

Walau bagaimana pun emas akan kembali BULLISH…

Di mana:

Perak dijangka akan mencapai paras harga $52usd/oz hingga $56usd/oz dan harga sebenar perak boleh mencapai $58usd/oz hingga $62usd/oz di akhir tahun ini atau di awal 2012.

Manakala:

Emas dijangka akan meningkat ke paras $2250usd/oz dan bergerak ke $2500usd/oz dan berpotensi melonjak ke paras $3,000usd/oz di akhir tahun ini atau di awal 2012.

Rujukan: http://news.goldseek.com/GoldSeek/1317000203.php



SALAM SUKSES


2 comments:

  1. nampak macam musim yang sesuai untuk membeli emas ni
    hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu tehr...jangan lepaskan peluang keemasan ini..ok tehr SELAMAT MELABUR DAN SUKSES

    ReplyDelete