Sunday, December 11, 2011

Jika labur emas fizikal, emas tu nak simpan kat mana?

Salam ukhwah..

Ramai yang bertanya saya, jika labur/beli emas fizikal banyak –banyak nanti nak simpan kat mana?... Bahaya!


pic - google

Saya sering diajuka soalan cepu emas di atas..terutamanya dari ‘potential buyer’
Kadang-kadang saya bertanya balik, jika selama ni kita beli barang kemas, kita simpan di mana?

Bermakna, kita sudah pernah beli emas sebelum ini…

Jadi jawapan mudah saya adalah simpan tempat selamat  dan di tempat orang tak tahu... Simpan di tempat orang tak sangka disitu ada emas..

Laci almari, tempat simpan barang kemas dan peti besi pun belum tentu selamat untuk kita simpan emas... Tempat-tempat ini merupakan spot mengundang risiko!

Jadi, simpanlah emas anda di tempat orang tak tahu...

Dan, tempat yang paling selamat untuk menyimpan emas ialah di PETI SIMPAN DI BANK atau pun syarikat yang tawarkan khidmat sewa peti simpanan emas..

Contoh: dipeti simpanan bank yang agak murah seperti di Ibupejabat AGROBANK Kuala Lumpur...anggaran bayarannya sekitar RM20 setahun untuk kotak simpanan yang terkecil.. atau boleh hubungi bank-bank yang menawarkan perkhidmatan ini..

Harap info ini dapat dimanfaat bersama.. 


SALAM SUKSES

4 comments:

  1. ni mcm soklan lady ritu..
    tp kalau simpan kat bank.. kene byr jugak..
    tp ape kelebihan beli dlm bentuk fizikal atau bentuk yg lain tu?

    ReplyDelete
  2. wah, tak mahal tu kalau rm20 je setahun

    ReplyDelete
  3. lady, soalan ni memang ramai yang bertanya...di antaranya lady lah...hehehe.. So lady hrp n3 ni menjawab soklan lady..
    Ok, lady selamat melabur dan sukses!!!

    ReplyDelete
  4. betl tu, tehr... tp bank lain mahal sikit...itu pun masih rendah berbanding dgn keuntungan emas tahunan...hehe...
    ok tehr, moga sukses.

    ReplyDelete