Tuesday, January 3, 2012

Prestasi harga emas 2011…


Salam ukhwah…

Hari ini kita telah berada di hari ke 3 tahun 2012.. Di entri ini saya cuba melihat kembali prestasi kenaikan emas pada tahun lepas. Harapan agar corak pergerakan atau turun/naik harga 2011 dapat memberi petunjuk dan panduan, supaya kita dapat memperkemaskan lagi strategi pelaburan emas di tahun ini.

Cuba lihat pergerakan harga emas dari Jan – Dis 2011

 

Secara ringkasnya jika kita lihat pada graf pergerakan harga emas pada 2011, jelas menunjukkan kenaikan harga tertinggi telah dicatat pada bulan Ogos iaitu $1,900us/oz.  Bermakna jika kita menjual balik emas ketika itu, (jika harga belian $1400us/oz pada JAN 2011) kita berpeluang mengecapi keuntungan sebanyak 35.7%.

Dan, secara keseluruhannya kenaikan emas secara purata sepanjang 2011 adalah sebanyak 11.4%. masih lagi tinggi berbanding dengan dividen ASB – 8.8%

Seperti yang telah saya sebutkan dalam entri sebelum ini, pelaburan emas menjanjikan pulangan yang lumayan dan pulangannya boleh dituai berkali-kali, jika kita tahu bagaimana untuk memanfaatkan turun/naik harga emas tersebut.

Manakala ASB hanya menawarkan dividen sekali sahaja dalam setahun, itu pun setelah setahun kita tidak mengeluarkan simpanan kita!!

Bermakna: Pelaburan emas memberi peluang kita untuk menguruskan dana kita sendiri dan berpeluang untuk memaksimumkan pulangan mengikut keupayaan masing-masing.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

8 comments:

  1. kalau ikut graf tu,
    mungkin sekarang ni sesuai untuk mula beli emas
    betul ke gitu?

    ReplyDelete
  2. byk jgk naik bln 8 tue..menarik...tgh kmpl duit utk next aim tp brg kemas je..

    ReplyDelete
  3. Lady, tima kasih...moga lady terus sukses di 2012. INSYAALLAH

    ReplyDelete
  4. Betul tehr...ini masa terbaik utk membeli emas..moga sukses!

    ReplyDelete
  5. CIK TOM, tu azam yang bijak...moga sukses

    ReplyDelete
  6. salam en dinar.. mcmn ek jaga kebersihan gg leh elak penyakit jantung..

    ReplyDelete
  7. lady, difahamkan dlm artikel tu, kebersihan gigi dpt mengelak pembentukan plak. Virus mdh trkumpul di bhgn plak dan katanya blh memberi kesan buruk pd keseluruhan kesihatan tubuh bdn kita termasuklah jantung!! Wallahuallam.

    ReplyDelete