Thursday, January 12, 2012

Tips melabur emas..

Salam ukhwah…moga sejahtera

EMAS?
Bagaiman nak melabur?
Nak beli emas yang macam mana?
Kat mana nak beli emas?
Emas betul ke atau emas tipu?
Beli emas bila nak untung?

Pelaburan emas mungkin sesuatu perkara baru bagi sesetengah orang.. Dan persoalan-persoalan di atas adalah di antara pertanyaan yang sering bermain di fikiran!


pic - google

Di sini saya ada beberapa tips yang akan saya kongsikan bagi merungkai persolaan di atas terutama kepada pelabur yang baru ingin mencuba dalam pelaburan ini.

Pertama:
Beli emas dari syarikat yang diiktiraf dan kukuh.(eg: PUBLIC GOLD – mempunyai cawangan di setiap negeri). Emas pelaburan selalunya terdiri dari jongkong atau syiling juga berupa barang kemas.

Kedua:
Emas yang dibeli harus diuji ketulenannya. Selalunya syarikat yang diiktiraf akan menyediakan mesin penguji ketulenan emas. Dan kita jugak boleh sahkan ketulenan emas tersebut di bank yang berdekatan.

Ketiga:
Beli emas dari syarikat yang menawarkan spread yang rendah. Apa pulak spread ni? SPREAD adalah beza antara harga kita beli dengan harga yang kita jual balik kepada syarikat tersebut. Lagi rendah spread yang ditawarkan lagi BAGUS!

Keempat:
Beli emas dari syarikat yang menawarkan harga mengikut turun naik harga emas semasa mengikut pasaran dunia. Lebih-lebih lagi jika urusan jual dan beli balik boleh dibuat secara on-line (24 jam). Ini akan memberi banyak kelebihan; kita berpeluang memantau harga dan boleh lock price yang rendah semasa nak beli dan lock price tinggi bila kita ingin menjual semula. Kita boleh mengurus keuntungan kita sendiri.

Ini di antara tips ringkas untuk manfaat semua. Semoga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

10 comments:

  1. IM baru je letak rantai emas ibu_suri kat Ar rahnu. boleh tahan juga harga baru berbanding harga lama...

    ReplyDelete
  2. selamat melabur
    harap2 aku juga dapat melabur nanti

    ReplyDelete
  3. tengok harga memberansangkan dinar

    ReplyDelete
  4. salam.. skrg emas turun kan?
    x sempat lg nak membeli..

    ReplyDelete
  5. IM, itulah untungnya kita ada emas kan?..Sebenarnya pun itulah cara berhutang yg dibolehkan mengikut syariat..kita sepatutnya ada sesuatu yg berhrga utk dicagarkan..

    ReplyDelete
  6. tehr, saya percaya semua orang mampu melabur..selamat melabur dan sukses.

    ReplyDelete
  7. Salam sud@is, hrp2 berterusan...moga sukses

    ReplyDelete
  8. lady, mmg sekarang hrga emas berada di paras yang rendah... ini masa sesuai utk melabur... selamat melabur lady..n sukses!

    ReplyDelete
  9. CIK TOM,,,hrp2 info ini boleh membantu...selamat melabur dan sukses

    ReplyDelete