Wednesday, April 25, 2012

Mungkinkah emas akan mencecah USD$2000/oz pada 2012??



Salam ukhwah…moga sejahtera..

Ingin saya kongsi cerita Brian Hicks. Kisah ini berlaku pada 2008. Beliau menerima panggilan dari panik dari para pelabur mengenai kejatuhan teruk saham Dow.

Pada, ketika itu saham Dow jatuh sebanyak 677 point dari 12,500 pernah dicatat pada 6 bulan sebelumnya.

Mereka bertanya berapa rendah lagi saham itu akan jatuh dan apa patut mereka buat untuk terus bertahan? Dari suara membayangkan mereka berada dalam keaadaan yang cemas dan amat tertekan.

Brian rasa amat bersimpati dan cuba mententeramkan mereka.

Agak-agak apa cadangan Brian bagi mengatasi kerugian besar para pelabur tersebut?

Jawapannya mudah:

BELI EMAS!!

Peristiwa itu berlaku pada 4 tahun lepas.

TAPI:

Apa yang sedang terjadi pada pelabur emas ketika ini? Harga emas telah jatuh sebanyak lebih kurang USD$300/oz iaitu pada catatan paling rendah USD$1622/oz dari USD$1920/oz yang pernah dicatat pada September 2011.

Banyak persoalaan timbul di kalangan pelabur emas. Mungkinkah harga emas mampu melonjak kembali?

Mengikut penganalisis perbezaan pada dua keadaan di atas amat berbeza!

Pelabur emas fizikal tidak berisiko sebagaimana pelabur saham. Kerana emas mempunyai nilai intrisik, manakala nilai SAHAM hanya pada nilai muka (pada kertas) sahaja.

Dan harga emas dipercayai akan melantun pada bila-bila masa sahaja dan mampu balik kepada harga yang pernah dicatat sebelum ini, walaupun tidak kepada harga jangkaan USD$2000 pada tahun ini!

Jadi’

Ambillah peluang melabur emas ketika harga masih berada di tahap terendah ketika ini. Kerana pelaburan emas tetap bertahan dan menjadi pilihan sepanjang masa…


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES


Sunday, April 15, 2012

Harga EMAS dijangka akan melonjak dalam masa terdekat?

Salam ukhwah…moga sejahtera

Semua pelabur sedang ternanti-nanti lonjakan harga emas, setelah beberapa bulan ia mengalami kejatuhan harga disebabkan oleh tekanan jualan besar sebelum ini.

Dan, ada ramalan emas akan turun ke paras USD$1,550/oz dalam beberapa bulan lagi! Bermakna, ini merupakan masa paling sesuai untuk membeli/melabur emas.

Sedikit gambaran teknikal di bawah yang menunjukkan ‘BUY SIGNAL’
gld april 13

Harga emas akan bullish apabila pergerakan harga berada jauh di bawah garisan 0 dan bearish apabila berada di atas garisan 0 (rujuk bulatan dalam carta di atas).

Harga emas dijngka akan melonjak semula pada harga USD$1,600/oz.

Moga info ringkas ini boleh membantu dan memberi manfaat kepada semua.


SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Tuesday, April 10, 2012

Berapa rendah harga emas akan turun?

Salam ukhwah…moga sejahtera

Mungkin entri ini memberi sedikit “pause” kepada semua bukan saja pelabur juga orang yang baru berjinak untuk melabur emas.. Kerana harga emas mengalami turun/naik harga dan telah membentuk corak kitaran yang tersendiri.

Pelabur-pelabur berpengalaman membuat perumpamaan melabur emas seolah-olah sama seperti memelihara anak remaja! Ia membawa kebanggan kepada famili dan juga tantrum atau kejutan yang sukar untuk dijangka! Begitu juga dengan kenaikan harga emas.

Harga emas pernah mencatat harga tertinggi USD$1900/oz pada September 2011.. Dan kembali rendah dalam beberapa bulan kebelakangan ini..

Mengikut Kitco WEEKLY Survey harga emas dijangka akan turun ke paras serendah USD$1580 – USD$1550/oz..

Kitco Gold Survey

Mengikut unjuran pengalisis, harga emas dijangka meningkat sehingga 48% pada tahun ini. Dan berdasarkan sejarah naik/turun harga emas pada 3 tahun lepas, mendapati 90% telah menepati unjuran sepertimana yang telah disasarkan..

Rebutlah adalah peluang terbaik ini untuk menambahkan pelaburan sedia ada, atau memulakan pelaburan kepada mereka yang sedang mencari peluang pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lumayan.
 

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Tuesday, April 3, 2012

2 tips penting perlu diketahui pelabur emas

Salam ukhwah…moga sejahtera

Emas memang satu portfolio pelaburan yang menguntungkan dan boleh dikatakan sifar risiko.

gregholdingrockBatu bersalut emas??
 Walau bagaimana pun, ada beberapa tips penting untuk ketahui oleh para pelabur yang ingin menceburi bidang pelaburan ini, iaitu bila masa yang sesuai untuk membeli dan masa untuk menuai untung.

Graf di bawah menunjukkan pergerakan harga emas dalam 3 tahun lepas:
121611chart
1.             Harga akan meningkat tinggi sekitar bulan Mei (rujuk bulatan merah)
2.            Harga mula menurun sekitar Ogos – September (rujuk bulan biru)

Tips: Beli di paras harga rendah dan jual pada harga meningkat tinggi!!

Corak pergerakan harga dalam graf di atas memberi kita panduan asas kepada pelabur 'mencari' masa terbaik untuk melabur dan meraih untung!.  

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, April 2, 2012

Dinar emas dan dirham sebagai “halal currency”..



Salam ukhwah…moga sejahtera

Syukur. Mata wang baharu berlandaskan emas dan perak sedang giat diperbincangkan kebelakangan ini. Mata wang yang diamalkan di zaman Rasulullah telah diyakini dapat merungkai masalah ekonomi global!
dinar emas & dirham perak (pic - google)

Isu ini menjadi salah satu agenda utama yang akan dikupas dalam World Halal Forum 2012 yang berlangsung pada 2-3 April bertempat Kuala Lumpur (KL) Convention Centre.

Ia dilihat sebagai pelengkap kepada produk halal yang sedang diperjuangkan.

SALAM SUKSES