REBUTLAH BERPELUANG MENUNAIKAN RUKUN ISLAM KE 4 - DENGAN BERZAKAT
Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan cukup haul setahun.
Emas dan perak merupakan logam galian berharga kurniaan Allah swt. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia.
Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderahati, ukiran dan perhiasan.
KAEDAH KIRAAN ZAKAT EMAS DAN PERAK
· Emas Perhiasan Wanita
Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan untuk perhiasan di badan. LZS(MAIS) mengambilkira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut.
Jika pemakaian tidak mencapai atau melebihi kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas tersebut.
Kadar uruf Selangor adalah sebanyak 800 gram.
Contoh pengiraan:
(timbangan emas x harga emas semasa x 2.5%)
900 gram x RM150 = 135,000 x 2.5% = RM3,375.00
· Emas Yang Disimpan
Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai dibadan sama ada dalam bentuk matawang, simpanan, galian, peralatan rumah atau sebagainya.
Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas yang dipakai sebagai perhiasan. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.
Contoh pengiraan:
(timbangan emas x harga emas semasa x 2.5%)
90 gram x RM150 = 13,500 x 2.5% = RM337.50
· Perak
Bagi logam perak sama ada dipakai sebagai perhiasan atau pun tidak ( disimpan sebagai perhiasan di rumah), pengiraannya dibuat berdasarkan kepada nilai barangan perak tersebut.
Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih.
Contoh pengiraan:
(timbangan perak x harga perak semasa x 2.5%)
595 gram x RM4 = 2,380 x 2.5% = RM59.50
Sumber: Panduan Hidup Bersyariat Pada Bulan Puasa
Sumber: Laporan Kajian Penetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang 2008
Kadar uruf mengikut negeri-negeri di Malaysia :
1. Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
2. Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
3. Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
4. Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
5. Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
6. Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
7. Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
8. Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
9. Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
10. Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
11. Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
12. Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
13. Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
14. Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
Sumber: Laporan Kajian Penetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang 2008