Sunday, March 25, 2012

Tips Bijak Wang – Simpan emas…

Salam ukhwah…moga sejahtera..

Di entri ini saya ingin berkongsi tips dari buku Secrets of Self-Made Millionaires – Adam Khoo (jutawan Muda dari Singapore).

Intisari ringkas dan menarik boleh disimpulkan dari buku ini adalah - Bagaimana para jutawan menguruskan wang dari pendapatan mereka.

Mengikutnya, jumlah pendapatan kita terima bukan penentu kepada kekayaan tetapi bagaimana kita menguruskan wang dalam tangan kita itu yang membuat kita menjadi KAYA!!

Itulah di antara RAHSIA utama kekayaan para jutawan!!

Rupanya, CARA BERFIKIR telah membuat mereka menjadi JUTAWAN. Cara mereka BERFIKIR terhadap pengurusan wang amat berbeza dengan orang biasa.

Di mana;

Cara berfikir orang biasa terhadap pengurusan WANG : ESS – Earn – Spend – Save. Iaitu belanja dari pendapatan yang diperolehi kemudian SIMPAN jika ada lebihannya.

Walaupun para JUTAWAN juga mengguna konsep ESS tapi pendekatannya berbeza. ESS mereka adalah : ESS – Earn - SaveSpend.

Mereka menetapkan 10% dari pendapatan bulanannya untuk SIMPANAN dan selebihnya baru guna untuk perbelanjaan harian.

Beliau telah membuktikan bahawa setiap orang mampu menjadi jutawan hanya dengan mengubah cara berfikir terhadap pengurusan wang yang mereka perolehi.

Contoh pengiraan telah dibuktikannya dalam buku beliau, orang berpendapatan RM2,000.00 sebulan pun mampu bergelar jutawan, sekiranya mengambil pendekatan ESS-orang jutawan!

CTH: 10% x 2000 = RM200/bln x 12bln = 2,400 setahun.

Andainya di simpan ditempat yang boleh beri pulangan tahunan (ikut syariat) i.e Tabung Haji dgn dividen 5% setahun (5% x 2400 = 120). JUMLAH simpanan setahun RM2,520.00. Cuba darabkan jumlah ini dengan 30 tahun tempoh anda bekerja tanpa mengambilkira peningkatan pendapatan anda, simpanan terkumpul akan berjumlah RM907,200.00!!!

Cuba bayangkan WANG simpanan anda itu disimpan dalam bentuk EMAS. Nilai/harga emas meningkat secara puratanya 25% setahun, walaupun peningkatan sebenarnya hingga lebih dari 30%..

Jika hanya denga dividen 5% setahun sahaja pun anda telah Berjaya mengumpul simpanan sejumlah RM907,200.00! Bayangkan jika dengan peningkatan 25% setahun. Dan di sini saya serahkan untuk anda buat pengiraannya..

Saya tidak bermaksud untuk kita kena jadi jutawan Tetapi alangkah bahagianya jika kita hidup dengan wang yang mencukupi, bebas tanpa hutang dan yang lebih penting menjalani hari tua dengan tenang. Memang betul MONEY is not EVERYTHING, tapi EVERYTHING needs MONEY!

Harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama..


SELAMAT MELABUR

 SALAM SUKSES

Tuesday, March 20, 2012

Emas tidak ada tarikh luput.

Salam ukhwah…moga sejahtera

Kita manusia bertambah usia…dari muda menjadi tua, kereta baru menjadi buruk, begitu juga rumah, bangunan, barangan/peralatan menjadi usang dan luput. Itu lumrah alam. Tetapi lain pula dengan logam kuning ini, tidak pernah ada tarikh luput, malah semakin lama semakin bernilai…

Benarlah pesan peniaga emas… Jika siapa yang ada modal dan berkeinginan untuk berniaga tapi tak tahu selok-belok perniagaaan, berniaga lah EMAS. Berniaga emas tidak akan “makan modal” tetapi menguntungkan.

Kenapa?

Kerana stok EMAS tidak ada tarikh luput. Inilah di antara rahsia atau kelebihan perniagaan/pelaburan emas. Tokey/peniaga/dealer emas sebenarnya bertindak sebagai penyimpan, pelabur, dan peniaga.

pic - google
Mereka adalah penyimpan emas (stok emas), kemudian mereka juga bertindak sebagai pelabur dengan membeli semasa harga rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas naik bila menjual emas tersebut kepada pelanggan.

Ramai beranggapan “ siapa nak beli emas kerana harganya yang semakin mahal”. Betul harga emas memang mahal dan akan bertambah mahal dari hari ke hari namun orang tetap membelinya terutama mereka yang celik emas. Dan kerana ia bernilai juga semua orang mengejar dan berlumba-lumba mendapatkannya.

Kita jarang dengar perniagaan emas tutup kedai/‘gulung tikar”. Cuba lihat kedai-kedai emas Poh Kong, Habib Jewels dan lain lain kedai emas semakin bertambah walaupun tidak seramai pelanggan yang mengunjungi pasar malam!!!.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, March 12, 2012

Emas dijangka akan meningkat 48% bermula hari ini!!

Salam ukhwah...moga sejahtera

Pelaburan emas sebenar portfolio pelaburan yang amat menarik dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Tanpa risiko!

Para pelabur tidak akan hampa!! Dan sekarang ini dikatakan masa yang terbaik untuk memulakan pelaburan masing-masing.
 Mengapa?

KERANA... Swiss bank UBS yang merupakan pengalisis emas yang paling tepat dalam unjuran kenaikan harga emas bagi 3 tahun lepas,  telah menjangkan harga emas akan meningkat USD$2,500/auns atau lebih kurang RM8,000/auns pada penghujung musim panas 2012.

Bermula dari hari ini, emas dijangka meningkat 48%!.Bayangkan pulangan secara relatif dengan jumlah pelaburan anda..
gold bar_wd
Bongkah emas bernilai 12.8 juta dolar Amerika

Rebutlah peluang keemasan ini, moga kita sama-sama dilapangkan dan diberkati dengan rezeki yang halal. INSYAALLLAH

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Tuesday, March 6, 2012

Setelah lebih 40 tahun tanpa emas..

Salam ukhwah…moga sejahtera

 Krisis ekonomi dunia masih tidak menampakkan tanda untuk kembali pulih. Tekanan hutang US dan Negara-negara Eropah semakin buruk. Mengapa?

Selepas Presiden Richard Nixon menghapuskan system standard emas Bretton Woods sebagai sandaran mata wang pada 1971, ekonomi dunia bergantung kepada wang dolar Amerika. Sejak itu, penggunaan mata wang tidak lagi bersandarkan emas. Ia telah menyebabkan inflasi kerap berlaku dan sukar dikawal.

Setelah lebih 40 tahun berlalu, kekalutan ekonomi dunia semakin meruncing kesan dari manipulasi wang fiat. Ketua Bank Dunia Robert Zeollieck mencadangkan supaya pemimpin dunia mempertimbangkan pengenalan semula standard emas untuk mengawal pergerakan mata wang. Beliau berpendapat pelabur lebih yakin untuk melabur di sesebuah Negara kerana kemantapan mata wang dan sekaligus dapat menstabilkan ekonomi global.

Ini bermakna ekonomi dunia sebenar perlu disandarkan kepada nilai EMAS!!



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, March 4, 2012

“Klu” harga emas minggu ini..

Salam ukhwah..moga sejahtera

Pertama-tama saya ingin ucapkan tahniah kepada pelabur yang sempat tuai untung ketika harga cecah pada kitco USD$1,790++/oz -  hari khamis 23 Februari lepas . Moga sentiasa diberkati dengan rezeki yang halal.

Walau bagaimanapun, harga emas tidak bertahan lama pada paras harga tersebut. Harga mengalami penurunan besar sehingga serendah USD$1,690++/oz pada Khamis (1 Mac 2012) minggu lepas.

Namun, para penganalisis berpendapat penurunan itu adalah fenomena yang sihat sebagai pembetulan/penstabilan harga emas. Harga emas dijangka akan terus naik pada minggu ini. Kerana masalah ekonomi global masih berada di takuk lama tanpa ada perubahan positif.
 
EMAS akan terus meningkat!

 Kitco survey untuk minggu ini, seperti di bawah:

 Kitco Gold Survey


Dan tempoh bearish ini adalah peluang terbaik bagi pelabur untuk membeli semula emas yang telah dituai..

Moga kita semua dilapangkan rezeki..


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES