Tuesday, March 6, 2012

Setelah lebih 40 tahun tanpa emas..

Salam ukhwah…moga sejahtera

 Krisis ekonomi dunia masih tidak menampakkan tanda untuk kembali pulih. Tekanan hutang US dan Negara-negara Eropah semakin buruk. Mengapa?

Selepas Presiden Richard Nixon menghapuskan system standard emas Bretton Woods sebagai sandaran mata wang pada 1971, ekonomi dunia bergantung kepada wang dolar Amerika. Sejak itu, penggunaan mata wang tidak lagi bersandarkan emas. Ia telah menyebabkan inflasi kerap berlaku dan sukar dikawal.

Setelah lebih 40 tahun berlalu, kekalutan ekonomi dunia semakin meruncing kesan dari manipulasi wang fiat. Ketua Bank Dunia Robert Zeollieck mencadangkan supaya pemimpin dunia mempertimbangkan pengenalan semula standard emas untuk mengawal pergerakan mata wang. Beliau berpendapat pelabur lebih yakin untuk melabur di sesebuah Negara kerana kemantapan mata wang dan sekaligus dapat menstabilkan ekonomi global.

Ini bermakna ekonomi dunia sebenar perlu disandarkan kepada nilai EMAS!!



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

2 comments:

  1. aku pun hairan
    semua nak bergantung dengan amerika je
    atau memang kena paksa

    ReplyDelete
  2. tehr, kadang2 terfikir jugak mcm mana amerika boleh berkuasa sebegitu rupa?

    ReplyDelete