Di entri ini saya ingin berkongsi tips dari buku Secrets of Self-Made Millionaires – Adam Khoo (jutawan Muda dari
Intisari ringkas dan menarik boleh disimpulkan dari buku ini adalah - Bagaimana para jutawan menguruskan wang dari pendapatan mereka.
Mengikutnya, jumlah pendapatan kita terima bukan penentu kepada kekayaan tetapi bagaimana kita menguruskan wang dalam tangan kita itu yang membuat kita menjadi KAYA!!
Itulah di antara RAHSIA utama kekayaan para jutawan!!
Rupanya, CARA BERFIKIR telah membuat mereka menjadi JUTAWAN. Cara mereka BERFIKIR terhadap pengurusan wang amat berbeza dengan orang biasa.
Cara berfikir orang biasa terhadap pengurusan WANG : ESS – Earn – Spend – Save. Iaitu belanja dari pendapatan yang diperolehi kemudian SIMPAN jika ada lebihannya.
Walaupun para JUTAWAN juga mengguna konsep ESS tapi pendekatannya berbeza. ESS mereka adalah : ESS – Earn - Save – Spend.
Mereka menetapkan 10% dari pendapatan bulanannya untuk SIMPANAN dan selebihnya baru guna untuk perbelanjaan harian.
Beliau telah membuktikan bahawa setiap orang mampu menjadi jutawan hanya dengan mengubah cara berfikir terhadap pengurusan wang yang mereka perolehi.
Contoh pengiraan telah dibuktikannya dalam buku beliau, orang berpendapatan RM2,000.00 sebulan pun mampu bergelar jutawan, sekiranya mengambil pendekatan ESS-orang jutawan!
CTH: 10% x 2000 = RM200/bln x 12bln = 2,400 setahun.
Andainya di simpan ditempat yang boleh beri pulangan tahunan (ikut syariat) i.e Tabung Haji dgn dividen 5% setahun (5% x 2400 = 120). JUMLAH simpanan setahun RM2,520.00.
Jika hanya denga dividen 5% setahun sahaja pun anda telah Berjaya mengumpul simpanan sejumlah RM907,200.00! Bayangkan jika dengan peningkatan 25% setahun. Dan di sini saya serahkan untuk anda buat pengiraannya..
Saya tidak bermaksud untuk kita kena jadi jutawan Tetapi alangkah bahagianya jika kita hidup dengan wang yang mencukupi, bebas tanpa hutang dan yang lebih penting menjalani hari tua dengan tenang. Memang betul MONEY is not EVERYTHING, tapi EVERYTHING needs MONEY!
Harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama..
SELAMAT MELABUR
GUD INFO..TENKIYU TENKIYU
ReplyDeletesemalam, sembang dengan angah. dia ada cadangan nak beli emas untuk simpanan.
ReplyDeleteselut juga IM dengan idea dia tu.
faiz, tima kasih..hrp info ni dpt dimanfaatkan dgn baik..salam sukses
ReplyDeleteIM, angah ada minda jutawan...hehe... hrp2 angah sukses!
ReplyDeletesuccess
ReplyDeleteramai yang berbelanja sebelum menerima pendapatan
ReplyDeletetak tahu bila nak kaya
huhu
Che Su, tqvm sudi singgah..
ReplyDeletetehr, tak pa lepas ni kita sama2 kaya...hehe
ReplyDeletebtl.. lady pernah belajar dulu.. pendapatan yg kite dpt, kite simpan 30% atau lebih drpnya.. dan yg selebihnya kite gune..
ReplyDeleteLady, kalau 30% lg cepat jd jutawan...hehehe.. moga sukses!
ReplyDelete