Wednesday, November 30, 2011

Tawaran belian emas istimewa oleh PUBLIC GOLD (PG)

Salam Tahun Baharu Hijrah 1433. Syukur kita masih berpeluang berada dalam fasa 10 hari pertama di bulan MUHARAM. Fasa yang penuh keberkatan dengan janji tawaran pahala berganda dari Allah swt..

Di ruangan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi info “tawaran”, dengan harapan ia dapat dimanfaatkan bersama!

Tawaran X-plan PUBLIC GOLD

Public Gold sedang mengadakan promosi X-plan iaitu tawarn istimewa, pembelian emas besar-besaran mengikut harga tertinggi pada harga semasa (PG BUY).


Jika anda memiliki simpanan emas dari mana-mana syarikat dan ingin menjualbalik!!!!  Tetapi kecewa dengan tawaran HARGA BELIAN BALIK yang RENDAH?

Anda harus rebut tawaran keemasan ini!

PG akan menerima emas bar atau barang kemas dari mana-mana keluaran atau pengeluar dari seluruh emas dunia dengan HARGA SEMASA tertinggi (PG BUY)!

PROMOSI ini dibuka dalam tempoh terhad bermula dari 15 November – 31 Disember 2011. Sepanjang tempoh ini PG menawarkan kadar tertinggi belian emas anda untuk ditukarkan kepada SEMUA jenis Emas yang dijual oleh Public Gold!!

Lebih ISTIMEWA lagi, anda juga boleh menjadi Dealer Public Gold melalui promosi terbaik ini. Contoh: Jika anda menjual emas kepada Public Gold sejumlah RM17,000.00, anda hanya perlu menambah lebih kurang RM3,000.00 lagi untuk melayakkan anda menjadi Dealer.

Apa kelebihan jadi Dealer Public Gold?
1- Beli emas dapat komisyen.
2- Jual semula pun dapat komisyen.
3- Tawaran spread lebih rendah.
4- Memiliki cawangan di seluruh Malaysia, ini akan memudahkan urusan jual/beli emas anda!

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Sunday, November 27, 2011

Presiden Venezuela bawa pulang simpanan emas negara RM35.1 bilion

Salam MAAL HIJRAH - 1433, moga kita semua sentiasa berada dalam perlindunganNYA...

Beberapa kereta perisai membawa jongkong emas melintasi Istana Miraflores di Caracas kelmarin

APAKAH YANG TERSIRAT DI SEBALIK PERISTIWA INI.....

CARACAS - Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.


Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.

Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.

Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.

Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).

Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. - AFP

KOSMO - 27 November 2011 (Ahad)

Friday, November 25, 2011

Harga purata emas naik 27 peratus setahun


KUALA LUMPUR - Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.


Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu menjelaskan, cara belian emas yang menguntungkan ialah dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.

Menurutnya, kaedah itu dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian atau unsur-unsur penipuan memandangkan ketulenan emas itu disahkan oleh pihak ketiga.

KOSMO - 25 November 2011 (Jumaat)

Wednesday, November 23, 2011

Nilai intrisik EMAS…


Salam ukhwah..

Emas. Logam yang amat unik kurniaan Allah kepada mahklukNYA. Banyak wahyuNYA yang menyebut tentang logam mulia ini. Antaranya dalam Surah Al-Imran (ayat 75).

Diguna sebagai matawang (dinar) semenjak zaman pemerintahan ROM dan telah berakhir penggunaannya dengan berakhirnya kerajaan Uthmanniyah..

Walau bagaimanapun, emas tetap bernilai dan berharga. Kekal nilai intrisiknya yang unggul dan terjaga dari dimanupulasi oleh mana-mana pihak pun. Nilainya diterima manusia sejagat dan terpelihara di sepanjang zaman. Hebat.

 l
pic - google

Nilai intrisik emas, Terbukti.

Di zaman Rasulullah saw, harga seekor kambing di beli dengan harga 1 dinar(emas), dan di masa ini pun harga seekor kambing juga sekitar 1 dinar (emas). 1 dinar bersamaan 4.25gm emas, yang sekarang ini telah bernilai lebih kurang RM800.00!

Nilai emas tidak pernah menyusut malah semakin meningkat…


Sumber: HALAQAH TV9 – 22 November 2011


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Wednesday, November 16, 2011

Melabur/simpan EMAS tak dapat dividen macam ASB?

Salam ukhwah dan salam sejahtera diucapkan kepada pengujung budiman, terutama sekali pelanggan yang yakin dan percaya berurusniaga dengan saya selama ini.

Betul ke melabur/simpan emas tidak dapat “dividen” macam ASB?

l
pic - google

Seringkali saya berhadapan dengan mereka yang berpendapat atau berpandangan begini:

“Leceh labur/beli emas ini, kita tak dapat dividen akhir tahun macam ASB, lepas itu bila beli semula, harga emas dah tinggi” Bila nak untung?

Ada betul kata mereka. Mana tidaknya, sudah lebih 20 kita telah terdedah dengan ASB. Kita diperkenal sekian lama dengan ASB sebagai mekanisma pelaburan terbaik, selamat dan MENGUNTUNNGKAN!...

Jadi tak hairanlah, bila disebut tentang labur/beli EMAS, sebahagian besar kita masih ragu dan tertanya-tanya…di antara yakin dengan kurang percaya tentang kehebatan untungnya..

Saya bukan nak menyangkal kelebihan pelaburan ASB, Cuma mahu berkongsi alternative pelaburan lain yang juga memberi pulangan yang bukan saja menguntungkan malah lebih lumayan..

BENAR KAH BEGITU?

Umum sedia maklum, ASB hanya mengeluarkan dividen setahun sekali..,

Tetapi tahukah anda dividen/keuntungan dari pelaburan emas boleh diperolehi lebih dari sekali dalam setahun…

Jika kita tahu memanfaatkan selok-belok turun/naik dan pusingan harga emas semasa, kita boleh menikmati “dividen” berkali-kali dalam satu tahun.

Bukankah ini lebih LUMAYAN?

Tetapi bagaimana?

Kita harus menimba dan mendalami ilmu rahsia pelaburan emas yang telah lama dikuasai bangsa-bangsa lain di dunia ini..

EMAS adalah merupakan pelaburan paling unik dan taktikal. Selamat dan sifar risiko.

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Thursday, November 10, 2011

Tip penting untuk para pelabur emas..

Salam Aidil Adha…

Walaupun agak terlambat, tetapi saya percaya kita semua masih berada dalam semangat Hari Raya Korban yang penuh barakah.

Dan kepada pelabur-pelabur emas, pengorbanan anda dalam usaha memanfaat wang dalam pelaburan ini - amat berbaloi.

Emas pelaburan yang unik dan taktikal, sekira kena dengan caranya pelabur akan menuai pulangan yang lumayan..

l
pic - google

BAGAIMANA?

Hari ini saya akan berkongsi TIP penting untuk meraih keuntungan dalam pelaburan ini. Mudah. Amat senang difahami..

Pertama dan paling utama, anda seharusnya memilih produk emas dari syarikat yang diiktiraf bukan sahaja di Malaysia juga di peringkat antarabangsa.

Kedua, pilih syarikat yang menawarkan urusniaga jual/beli emas mengikut pergerakan harga semasa berdasarkan harga pasaran emas dunia. Dan diniagakan 24 jam (kecuali Sabtu & Ahad)!

Ketiga, Nah! Ini peringkat paling penting. Jika kita sudah berjinak dengan urusniaga secara “live” kita berpeluang mengikuti turun/naik harga setiap masa (24 jam sehari semalam). Rujuk graf pergerakan harga di sidebar atau anda boleh melayari www.kitco.com.
Jadi, anda berpeluang memanfaatkan pergerakan harga ini. Kerana ada RAHSIA YANG TERSEMBUNYI disebaliknya.
Pesanan: REBUTlah peluang jika anda melihat EMAS mengalami “correction price”.
Maklumat lanjut bertanyalah kepada dealer sah yang berpengalaman.


Moga tip ini dapat memberi manfaat kepada semua…

SELAMAT MELABUR DAN SUKSES

Wednesday, November 2, 2011

Pelaburan emas lebih baik dari HARTANAH....

Menurut Pengerusi Eksekutif  Mynet Capital Sdn. Bhd.:

"Pelaburan emas didapati lebih baik daripadan pelaburan hartanah bagi golongan berpendapatan sederhana, kerana sekiranya pemilik perlu berpindah ke tempat lain, mereka boleh menjual jongkong emas dalam pasaran terbuka kerana ia merupakan logam berharga yang diterima dengan meluas seluruh dunia."

"Emas merupakan aset taktikal kerana anda boleh memanfaatkan kenaikan harga dan dalam masa yang sama ia juga merupakan aset gtrategik harta jangka panjang".


Jongkong dan syiling emas merupakan logam berharga yang senang dibawa dan mudah dijual dalam pasaran terbuka dan boleh membantu menangani kesan inflasi.
pic - google

Berita lanjut di KOSMO, 2 November 2011 (Rabu).


TINGKATKAN PELABURAN EMAS ANDA..

SALAM SUKSES