Salam MAAL HIJRAH - 1433, moga kita semua sentiasa berada dalam perlindunganNYA...
Beberapa kereta perisai membawa jongkong emas melintasi Istana Miraflores di Caracas kelmarin
APAKAH YANG TERSIRAT DI SEBALIK PERISTIWA INI.....
CARACAS - Venezuela kelmarin menerima penghantaran pertama simpanan jongkong emas negara berkenaan yang berada di seberang laut, kata Presiden Hugo Chavez.
Chavez berkata, penghantaran tersebut dibuat selepas Venezuela meminta semua simpanan emasnya di luar negara dipulangkan.
Simpanan emas Venezuela itu di beberapa buah bank Eropah termasuk Britain itu dibawa dengan sebuah penerbangan dari Paris.
Askar-askar kemudian mengawal emas tersebut yang diisi ke dalam sekurang-kurangnya lima buah kereta perisai menuju ke Bank Pusat di Caracas.
Pada Ogos lalu, Chavez mengumumkan rancangan mendapatkan kembali simpanan emas Venezuela di luar negara berjumlah 211.35 tan dan bernilai AS$11 billion (RM35.1 bilion).
Beliau juga mengisytiharkan hasratnya untuk memindahkan aset cair Venezuela berjumlah AS$6.2 (RM19.5 bilion) bilion yang disimpan di Bank Switzerland, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) ke negara rakan seperti China, Rusia dan Brazil. - AFP
KOSMO - 27 November 2011 (Ahad)
nampak seperti beliau sudah tak percaya kepada negara2 eropah / usa ni
ReplyDeletebetui la tehr, negara2 eropah/US tgh berselirat dengan krisis hutang terburuk dan hampir bangkrap...dan asyik print wang kertas je...
ReplyDeletewah byknye bwk plg emas...cik tom teringin nak beli yg i-series 20 gm tue.tp nk kena kmpl duit dl..thn depan ;)
ReplyDeleteelok tu CIK TOM, i-series ada 2 fungsi - sebagai jewelry juga amat berguna sebagai instrumen pelaburan jangka masa panjang...moga CIK TOM sukses!
ReplyDeletehehe..fulus kiter ni takder..teringin nak beli
ReplyDeleteSalam apik.. Tk perlu fulus banyak baru nk beli apik. Mulakan dengan 1 dinar dan tambah sikit2. lama2 jadi bukit emas...hehe..
ReplyDeleteMoga apik SUKSES!