Salam ukhwah,
dari : dinar~abiha.blogspot.com/
· Blog ini dibangunkan sebagai tapak perkongsian maklumat tentang kelebihan dan keistimewaan emas. Emas telah terbukti sebagai asset pengukuhan ekonomi/kekayaan keluarga dan Negara sejak beribu-ribu tahun dahulu. Walau bagaimanapun ia tenggelam dengan perkembangan mata wang kertas dan emas sudah tidak menjadi keutamaan lagi. Namun emas tetap dengan sifat uniknya berperanan sebagai penyimpan kekayaan seseorang dalam “diam”!.
· Blog ini juga bertujuan mendedahkan maklumat berguna tentang kepentingan emas yang bukan sahaja sebagai bahan perhiasan wanita malah lebih daripada itu. Di sini pembaca didedahkan dengan analisis pergerakan harga emas semasa mengikut pasaran antarabangsa dalam versi yang tidak terlalu teknikal.
· Harapan dengan berkembangnya blog ini ia dapat memperluaskan kefahaman terhadap kepentingan serta keistimewaan emas sebagai pilihan pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan. Moga sedikit usaha ini dapat dimanfaatkan semua dalam menjana kekuatan ekonomi keluarga dan Negara.
Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog ini.
SELAMAT MELABUR DAN SUKSES...