Saya percaya kita akan terfikir apakah emas yang dijual atau yang bakal kita beli itu asli atau tulen..dan bagaimana untuk mengesahkan ketulenannya itu?
Terdapat beberapa kaedah yang boleh menguji ketulenan emas:
1. Ujian Gigitan
Emas tulen adalah logam yang sangat lembut. Jika digigit ia akan meninggalkan kesan lekuk di permukaannya.
2. Ujian pembakaran
Emas tulen sekiranya dibakar dengan suhu amat tinggi sekalipun tidak akan meninggalkan kesan terbakar atau hangus malah ia tetap kekal bersinar
3. Kaedah Timbangan Ketumpatan.
Kaedah paling popular yang sering digunakan di bank-bank, syarikat-syarikat atau kedai-kedai yang membekal atau menjual emas.
mesin timbangan ketumpatan emas - pic google
4. Kaedah kimia
Ketulenan emas juga boleh diuji dengan menitiskan asid kepermukaannya. Warna kuning emas tulen tidak akan berubah walaupun dimasukkan atau dititiskan dengan bahan kimia ini.
contoh larutan asid - pic:google
5. Kaedah Penguji Eletronik
Dalam Kaedah ini emas akan dikepit dan disentuh kepada penguji ini. Apabila tersentuh lampu LED akan menyala berdasarkan nilai karat emas tersebut.
alat uji emas elektronik - pic google
------xxx------
Harapan perkongsian ringkas ini boleh mengurangkan kesangsian anda berurusniaga dengan logam berharga ini.
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES
ada banyak cara rupanya nak tahu ketulenan emas
ReplyDeletetak tahu pula sebelum ni
terima kasih atas info itu..
ReplyDeletenak tanya.. kalau kite cuci emas.. adakah emas itu akan susut nilai?
tehr, itu hanya info ringkas saja, kalau perlu detail boleh rujuk kepada buku-buku pelaburan emas...ok tehr salam sukses..
ReplyDeleteLadybird, tima kasih jugak sudi singgah. Setahu saya kalau hanya cuci, emas tidak akan berubah kualitinya..tapi macam biasalah lama-lama emas kita mungkin haus...itu boleh mengurangkan timbangan beratnya..itupun minimum...ok lady jgn risau ya...selamat melabur dan sukses..
ReplyDeletekalau emas dicuci gune ape yer?
ReplyDeletelady dgr org cakap die kikis.. atau gune peluntur yg menyebabkan emas terhakis..
secara tradisionalnya barang kemas henya perlu direndam dalam larutan teh yang dicampurkan dengan 2-3 titik cecair peluntur dan biarkan semalaman.
ReplyDeleteKeesokkannya barulah dicuci dengan pencuci biasa dan dibilas, InsyaAllah barang kemas kita akan kembali berkilau.
ok, harap lady boleh mencubanya..dan tak payah hantar ke kedai emas untuk dicuci...jimat belanja..