Kebanyakan para pelabur emas panik melihat tren terkini harga emas dan perak di pasaran global …
pic - google
Harga emas didapati jatuh dari $1,850 usd/oz hingga bawah dari $1,600 usd/oz. Manakala harga perak pula turun dari $40 usd/oz kepada $28 usd/oz. Kejatuhan ini telah mencemaskan kebanyakan para pelabur emas dan perak, terutama sekali bagi pelabur yang baru melibatkan diri dalam pelaburan ini.
Adakah tren ini berterusan?
Jika dilihat kepada perkembangan harga 2005, peningkatan harga emas bermula dari $300+ usd/oz dan perak dari $6+ usd/oz, meningkat sehingga $1800++ dan $40++, dan di masa ini emas susut sebanyak $250 usd/oz ke paras $1600 dan perak susut $12 usd/oz menjadi $30++..
Tetapi kedua-dua logam yang bernilai ini, pulih dengan agak cepat iaitu $4 usd/oz bagi perak dan emas pula $60 usd/oz dalam tempoh satu hari!
Berbanding dengan pasaran komoditi yang lain, mengalami kejatuhan yang sama tetapi masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih dalam kadar segera!
Melihat tren kemelut matawang dari tahun 2009 hingga sekarang…krisis keyakinan kewangan global terus merosot!
Sebaliknya, harga emas walaupun mengalami penarikan harga dari $1,200 usd/oz kepada $1,000 usd/oz, namun kita mendapati harga terus melonjak sehingga $1,910 usd/oz bagi emas dan perak $40 usd/oz pada tahun ini!! Suatu perkembangan harga yang amat tinggi..
Jadi, apa yang boleh mencegah atau menahan harga EMAS dan PERAK daripada terus meningkat tinggi?
Kerana:
Emas adalah logam yang sentiasa bernilai dan telah berfungsi sebagai asset dan aliran wang tunai antarabangsa… walaunpun dalam keadaan ekonomi dunia merudum!!
Rujukan: http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page103855?oid=136563&sn=Detail&pid=102055
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES
No comments:
Post a Comment