pic - google
Bicara TV 114 - PASCA BAJET 2012 yang berlangsung malam tadi dengan 3 orang panel. Dua dari Kementerian Kewangan Malaysia iaitu orang terlibat dalam penyediaan bajet 2012. dan Dr. Ashraf Wajidi Dusuki.
Ringkasan intipati dari analisis bajet tersebut: Kita disarankan agar berbelanja secara berhemah. Kerana kita dibimbangi akan terkesan dengan kegawatan ekonomi dunia, ekoran dari krisis bebanan hutang Amerika dan Negara-negara Eropah
Menurut Dr. Ashraf secara realitinya US tidak akan mampu bayar balik hutang mereka hingga ke hari kiamat…. Dan 4 negara Eropah – Portugal, Greece, Spain dan Italy akan bankrupsi…
Ini berpunca daripada pengeluaran wang kertas yang tidak terkawal dan tidak disandarkan kepada nilai komoditi (e.g : EMAS)
Wang kertas atau fiat money hanya mempunyai nilai muka yang akan berkurangan nilai dalam keadaan inflasi yang makin memuncak. Nilai wang akan menyusut..
Sebaliknya, nilai emas akan terus meningkat sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam keadaan inflasi yang meruncing..
Belanja berhemah bermakna kita perlu berbelanja mengikut keperluan, menjauhi hutang dan berupaya untuk menabung.
Menabung wang dalam bentuk dinar atau emas merupakan langkah bijak, kerana ia akan mempertahan nilai wang kita, malah ia juga akan meningkat dari tahun se tahun..
Tingkatkan tabungan EMAS ANDA!
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES.
perkongsian bijak..sedang berkira kira juga untuk ke arah ini.
ReplyDeletedelarocha, kita saling berkongsi info untuk manfaat dan kebaikan semua...salam sukses
ReplyDeletemcmn nak menabur dengan emas? beli syiling emas yang di kelantan tu ke?
ReplyDeleteladybird, melabur emas sama dgn kita simpan duit.. cuma kita convert duit ke dalam bentuk emas... Menyimpsn emas lebih menguntungkan.. Nilainya sentiasa meningkat. Dlm tempoh 10 tahun lepas nilai emas meningkat secara purata 25% setahun.
ReplyDeleteKita boleh beli jongkong ataupun syiling emas..dari Public Gold umpamanya. Ia merupakan salah satu syarikat yang diiktraf di malaysia dan peringkat antarabangsa dalam jualbeli emas. Belian dan jualan secara online berdasarkan turun naik harga pasaran emas antarabansa..
Ok, harap info ringkas ni dpt membantu..
SELAMAT MELABUR dan SUKSES