Sunday, October 2, 2011

Bank Pusat Negara Eropah kembali membeli emas…

Bank pusat negara-negara Eropah melakar sejarah baru…kembali membeli emas setelah 20 tahun tidak berbuat demikian.


pic - google
Walaupun jumlahnya masih rendah berbanding dengan saiz pasaran emas dunia, namun ia menunjukkan satu signal yang agak luar biasa sedang berlaku!, kerana Bank-Bank Pusat tersebut telah beralih arah daripada urusan penjualan kepada pembelian semula emas sebagai pengukuhan nilai khazanah.

Dan ia akan menjadi topik perbincangan utama dalam konferen tahunan London Bullion Market Association yang terbesar akan berlangsung di Montreal minggu ini.

Di antara Negara-negara baru yang sedang meningkatkan usaha pembelian emas bagi Negara masing-masing, adalah Mexico, Russia, Korea Selatan dan Thailand sebagai langkah mengelak kesan daripada kejatuhan nilai dolar.

Justeru itu, kebelakangan ini bank-bank pusat seluruh dunia telah meningkatkan pemilikan semula emas selepas Sistem Bretton Woods berakhir 40 tahun lalu – di mana semenjak itu nilai dolar sudah tidak lagi disandarkan kepada nilai EMAS!

Bermakna;
Tidak ada siapa yang boleh menafikan,
Emas adalah logam yang bernilai di sepanjang zaman..

Rujukan:http://www.cnbc.com/id/44574537/ 


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

4 comments:

  1. http://wanwidget.com
    terbaik lah emas

    ReplyDelete
  2. memang emas tak akan dapat diganti dengan logam lain sampai bila2

    ReplyDelete
  3. Betul tu Wan, emas adalah pelaburan selamat dan lumayan..

    ReplyDelete
  4. tehr, emas logam unik ciptaan Allah SWT yang terpelihara nilainya sepanjang masa...Wallahuallam.

    ReplyDelete