Lombong emas terbesar yang masih aktif di negara ini ialah di Penjam, Kuala Lipis dan ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Di samping itu, terdapat lombong yang masih aktif terdapat di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang yang semuanya terletak di Negeri Pahang.
Selain daripada itu, masih terdapat lima lagi lombong di Jeli serta enam lombong sekitar kawasan Raub dan Kuala Lipis di Pahang yang masih digali untuk perlombongan emas kormersial.
Mengikut sumber, taburan kawasan penemuan emas utama Semenanjung Malaysia terletak di Jalur Tengah iaitu dari Batu Melintang, Kelantan menganjur ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selingsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor.
Manakala kawasan penemuan terbaru logam berharga itu ialah di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan di Lubuk Mandi, Terengganu.
Sumber: KOSMO 14 April 2011 (Khamis)
info menarik nih....
ReplyDeleteJom p melombong di Lipis.. :)
Jom Cik SHinju...kita singgah ajak DATUK CT sekali...hehehe
ReplyDeletekakpah selalu berangan terjumpa emas semasa mencangkul di belakang rumah...
ReplyDeletewah.di sini segalanya tentang emas..
ReplyDeleteBest kan kakpah hanya mengcangkul belakang rumah dapat kita dapat emas....tak payah susah2 ke kuala lipis...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGhost writer, hasrat saya agar blog ini menjadi tapak untuk berkongsi info tentang emas dan pelaburan... Biar ia menjadi topik perbincangan dan perbualan harian semua kita... Semoga semua dapat manfaatnya dan BERJAYA... INSYALLAH.
ReplyDeletehaha nak ikut kakak kepoh balik Kuala Lipis la camni....amacam
ReplyDeleteMmg patutlah sud@is ikut kakak kepoh balik kuala lipis...sebab dah tak dak peluang nak berangan mencangkul emas belakang rumah... Tu lah siapa suruh extent rmh sampai ke back-lane...
ReplyDeleteSalam, bleh ke kite pegi je melombong secara mendulang kat situ, x kene tangkap ker... Kate itu kwsn pengeluaran emas komercial
ReplyDelete