Tuesday, April 26, 2011

Ramalan para pengalisis terhadap kenaikan harga emas global…

Peningkatan mendadak harga emas telah bermula sejak awal 1980 lagi. Ia dan diyakini akan terus meningkat di tahun-tahun akan datang berikutan dengan polisi kewangan yang lemah, kejatuhan nilai dolar Amerika, kenaikan harga minyak serta krisis politik Asia Barat.

Berikut adalah ramalan terbaru mengikut tarikh dan pandangan pengalisis emas antarabangsa;


·                     Goldman Sachs ( APRIL 15)

Mengikut Goldman Sachs, harga emas kekal pada harga 1,480 us/oz padan 3 bulan pertama 2011. Akan meningkat kepada 1,565 us/oz dalam tempoh 6 bulan dan dijangka naik kepada 1,690 us/oz dalam masa 12 bulan iaitu pada akhir tahun ini.

“Harga emas dijangka kukuh disebabkan kadar faedah (interest rate) US yang kekal rendah dalam masa 10 tahun akan datang, di mana kadar pulangan sebelum ini amat rendah kurang dari 1%”, jelas beliau.

·                     BNP PARIBAS ( APRIL 13)

Mengikut ramalan BNP harga emas hanya meningkat ke paras 1,500 us/oz  pada tahun 2011 dan 1,600 us/oz pada tahun 2012.

·                     UBS ( APRIL 11)

UBS pula meramalkan kenaikan harga emas pada kadar 1,500 us/oz, berikutan kelonggaran polisi kewangan, kenaikan harga minyak dan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi.

Source:http: //www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page34?oid=125182&sn=Detail&pid=102055

No comments:

Post a Comment