Tuesday, April 12, 2011

EMAS atau PERAK??


Demam EMAS dan PERAK semakin hangat melanda, mendorong para pelabur semakin yakin dan beralih kepada pelaburan emas dan perak secara fizikal. Kedua-dua logam yang bernilai ini memang diketahui umum sebagai asset atau ‘senjata’ menghadapi tsunami INFLASI!!

Dan kebelakangan ini dilihat PERAK sedang mengalami kenaikan harga amat memberangsangkan sehingga   mengatasi kenaikan harga emas!!!! 

Pada Jumaat lepas 8 April 2011, harga PERAK buat pertama kalinya melepasi sehingga paras 40us/oz, sementara harga emas melonjak puratanya tinggi iaitu 1474.19us/oz.

Kenaikan harga emas dan perak bukanlah semata-mata didorong dari permintaan sector perindustrian tetapi dipercayai lebih bergantung kepada permintaan dan sambutan dari pelabur-pelabur itu sendiri. Kebimbangan pelabur terhadap bencana dialami NEGARA MATAHARI TERBIT dan krisis geopolitik Asia Barat telah mengakibat kemerosotan nilai mata wang, menambahkan lagi kecenderungan pelabur memilih pelaburan emas dan perak.

Tambahan pula komoditi utama dunia termasuklah EMAS dan PERAK diniaga dalam nilai US dolar memburukkan lagi kadar inflasi, kerana kemerosotan nilai dolar masa ini telah menybabkan harga komoditi meningkat tinggi. Bermakna jatuhnya nilai dolar maka semakin meningkatlah harga EMAS dan PERAK!!!

Mengikut penganalisis Jeffrey Currie sebagai;

Kenaikan harga emas adalah berteraskan kepada kadar sebenar, kerana emas merupakan penimbal inflasi dan juga sebagai sandaran mata wang”…dan beliau menjangkakan harga emas akan mencecah 1,625 us/oz pada akhir tahun ini.

Namun, beliau kurang yakin dengan kenaikan harga perak yang telah dilihat mengalami kenaikan mendadak dan begitu dramatik, dan dipercayai akan menghadapi pelarasan harga (correction prices) dalam masa terdekat.

Sumber: Ekstrak dr – Gold and Silver Fever Grips Investors; By Jennifer Hughes, Jack Farchy and Gregory Meyer

Jadi,

EMAS atau PERAK?

Walau apa pun, kedua-duanya merupakan logam paling berharga dan mempunyai kelebihan dan menyimpan kerahsiaannya yang tersendiri…

No comments:

Post a Comment