Pesan orang tua-tua ‘beringat sebelum terlambat; sediakan payung sebelum hujan’!
Kerana kita tidak dapat mengjangka hari yang kita akan ditimpa “HUJAN”…
Pengurusan kewangan yang baik dan bijak akan dapat mengatasi keperluan wang yang mendadak semasa kecemasan. Sebahagian besar dari kita telah mengambil langkah bijak menyimpan wang, melabur dalam ASB, LUTH, FD, Unit Trust dan sebagainya. Tetapi kita terlepas pandang terhadap simpanan/pelaburan dalam bentuk EMAS, yang merupakan pilihan simpanan/pelaburan memberi pulangan amat lumayan dan sifar risiko.
Mengikut sumber, ketika pelaburan dalam asset lain yang merudum sejak 2 tahun lepas, EMAS kekal dengan prestasinya kukuh. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu ia didapati meningkat sebanyak 182%!
Ini membuka dan peluang ruang kepada orang biasa yang kurang arif tentang analisis pulangan pelaburan untuk menceburi bidang pelaburan amat lumayan, memadai dengan memiliki dan menyimpan emas.
Ia boleh dimiliki atau disimpan sama ada dalam bentuk jongkong, syiling/dinar atau barang kemas. Ia terbukti amat berguna untuk menjamin kesetabilan kewangan keluarga terutamanya semasa menghadapi saat-saat getir!
Kerana emas mudah dimiliki dan dijual jika kita memerlukan wang!!! Tidak seperti membeli rumah ataupun hartanah yang melibat prosidur agak rumit semasa untuk membeli atau menjualnya…
Selain itu EMAS juga mempunyai nilai gadaian yang amat tinggi, membantu dalam menampung keperluan kewangan segera terutama semasa terdesak…
Sebenarnya, emas itu ‘WANG’ yang sentiasa meningkat....
Sumber: Rujukan MineWEB
Thanks for the good info and vy useful...keep writing!
ReplyDeletehari ini agrobank dah x terima gold bar dan coin sebagai barang gadaian dai sumber
ReplyDeletehttp://www.zaiedan.com/
azrai, thank you so much for ur support.
ReplyDeletesud@is thanks for the info...i'll check it out.
ReplyDelete