Friday, November 25, 2011

Harga purata emas naik 27 peratus setahun


KUALA LUMPUR - Peluang melabur dalam bentuk simpanan emas tidak harus dilepaskan memandangkan ia mencatat kenaikan harga purata sebanyak 27 peratus setahun dan bakal menggandakan nilai harta pelabur.


Penasihat korporat Serambi Emas Sdn. Bhd. (Serambi Emas), Datuk Salleh Majid berkata, ini merupakan salah salah portfolio pelaburan yang menguntungkan khususnya bagi masyarakat Melayu yang masih ketinggalan daripada aspek memiliki aset kekayaan.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia) itu menjelaskan, cara belian emas yang menguntungkan ialah dengan menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.

Menurutnya, kaedah itu dapat mengelakkan daripada sebarang kecurian atau unsur-unsur penipuan memandangkan ketulenan emas itu disahkan oleh pihak ketiga.

KOSMO - 25 November 2011 (Jumaat)

11 comments:

  1. macam pernah dengar je nama datuk salleh ni

    ReplyDelete
  2. alangkah bgsnye kalau lady kaya..
    lady labur je dlm emas ni kan..

    tp mslhnye x kaye.. sob3..

    ReplyDelete
  3. wah byk 27% setahun...ingt nk beli rantai emas tp tahun depan la nk kn kumpul duit dl..huhu

    ReplyDelete
  4. tehr, datuk salleh ni BEKAS BSKL...memang kita selalu dengar kat TV tehr...hehehe

    ReplyDelete
  5. lady, kita perlu tunggu kaya baru boleh labur emas... Labur emas macam kita simpan duit kat bank. Kita mulakan mungkin dengan membeli dinar... ok lady mulakan labur emas moga sukses!

    ReplyDelete
  6. kalau nak labur mula2 dengan satu dinar boleh ke? ke ade syrt2nye ..

    ReplyDelete
  7. Lady, labur emas tkde syarat apa2 pun. Lady cuma ingat simpan duit dalam bentuk emas saja. Beli emas dan simpan. Ia pelaburan jangkamasa panjang yang menguntungkan. Jadi boleh mula beli dari sekarang...
    Cuma kalau lady nak jadi dealer EMAS Public Gold barulah lady kena beli emas dari PG sebnyak 20K.
    Ok, lady moga SUKSES

    ReplyDelete
  8. ape pendapat dinar kalau lady labur di bank.. tp berdasarkan harga emas.. bank mane yg sesuai ek?
    yg xde pelaburan minimum..

    ReplyDelete
  9. lady, hampir semua bank di m"sia menawarkan simpanan emas...CIMB, RHB, PUBLIC BANK, MAYBANK...
    Ada kelebihan masing2...
    Tapi jika labur emas secara fizikal ni, kita dpt memaksimumkan pelaburan tu..
    WALLAHUALLAM

    ReplyDelete
  10. kalau beli emas scr fizikal nak simpan kat mana?
    nanti kalau berlaku rompakan mcmn..
    takutlah.. risikonya besar..

    ReplyDelete