Tuesday, March 20, 2012

Emas tidak ada tarikh luput.

Salam ukhwah…moga sejahtera

Kita manusia bertambah usia…dari muda menjadi tua, kereta baru menjadi buruk, begitu juga rumah, bangunan, barangan/peralatan menjadi usang dan luput. Itu lumrah alam. Tetapi lain pula dengan logam kuning ini, tidak pernah ada tarikh luput, malah semakin lama semakin bernilai…

Benarlah pesan peniaga emas… Jika siapa yang ada modal dan berkeinginan untuk berniaga tapi tak tahu selok-belok perniagaaan, berniaga lah EMAS. Berniaga emas tidak akan “makan modal” tetapi menguntungkan.

Kenapa?

Kerana stok EMAS tidak ada tarikh luput. Inilah di antara rahsia atau kelebihan perniagaan/pelaburan emas. Tokey/peniaga/dealer emas sebenarnya bertindak sebagai penyimpan, pelabur, dan peniaga.

pic - google
Mereka adalah penyimpan emas (stok emas), kemudian mereka juga bertindak sebagai pelabur dengan membeli semasa harga rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas naik bila menjual emas tersebut kepada pelanggan.

Ramai beranggapan “ siapa nak beli emas kerana harganya yang semakin mahal”. Betul harga emas memang mahal dan akan bertambah mahal dari hari ke hari namun orang tetap membelinya terutama mereka yang celik emas. Dan kerana ia bernilai juga semua orang mengejar dan berlumba-lumba mendapatkannya.

Kita jarang dengar perniagaan emas tutup kedai/‘gulung tikar”. Cuba lihat kedai-kedai emas Poh Kong, Habib Jewels dan lain lain kedai emas semakin bertambah walaupun tidak seramai pelanggan yang mengunjungi pasar malam!!!.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

6 comments:

  1. Makin lama makin mahat tu
    Memang sesuai sangat sebagai simpanan dan pelaburan

    ReplyDelete
  2. emas tak ada tarikh luput. cuma stok emas dalam bumi ada tarikh susut...

    ReplyDelete
  3. tehr, emas logam unik ciptaan Allah...mmg terus kekal bernilai dan berharga..

    ReplyDelete
  4. IM, benar...stok emas dalam bumi makin susut, itu di antara faktor kenaikan harga emas global.

    ReplyDelete
  5. adakah suatu hari nanti emas tiada lagi di bumi ini?

    ReplyDelete
  6. salam ziarah. tk komen entri Blog Picisan, semalam!

    ReplyDelete