Sunday, July 29, 2012

Ke mana arah harga emas minggu ini…



Salam ukhwah…moga sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa.

Sekadar menghidang info… untuk makluman pelabur dan bakal pelabur terhadap tren pergerakan harga emas semasa.

Kita telah lihat dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini harga emas agak mendatar dan tidak berprestasi seperti tahun-tahun sebelumnya…

Dan dalam 5 minggu ini, baru ada tanda harga mula bergerak naik, namun masih jauh dari harga yang pernah dicatat sebelum ini.

Mengikut Kitco Weekly Survey harga emas minggu ini akan meningkat! Walau bagaimana pun harga dijangka hanya akan cecah  USD$1640/oz…


Kitco Gold Survey

Harapan agar info ringkas boleh dimanfaatkan bersama....



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, July 23, 2012

TaHu itu senjata…


Salam ukhwah…moga sejahtera dalam menjalankan ibadat sepanjang ramadhan ini..

Syukur. dan telah berada di hari yang ke-3 pada ramadhan kali 1433..

Sambil menunaikan ibadat puasa, tidak salah kiranya kita meninjau-ninjau ilmu dan info dalam bidang pelaburan yang kita ceburi.

Knowledge is Power!

Saya yakin rakan pelabur dan bakal pelabur emas/perak sentiasa mengikut perkembangan semasa yang memberi impak terhadap pelaburan emas. Ia sangat penting kerana dengan pengetahuan ini akan menajamkan lagi strategi pelaburan masing-masing.

Mengikut, pakar pelaburan Christian DeHaemer; emas dan perak dipercayai akan melonjak dalam separuh tahun kedua ini walau pun harga puncaknya diyakini akan berlaku pda 2013!

Perak dilihat turun hingga USD$21/oz dan akan melonjak ke USD$47/oz, manakala emas pula sideways beberapa bulan lepas hingga USD1400/oz dan dipercayai akan mencecah USD$1995/oz dalam separuh kedua tahun ini!

Sila Rujuk Graf perak dan emas di bawah:


Harga PERAK melonjak USD$47/oz pada bulan depan!!

slv jul16


Harga EMAS...sideways dan dijangka mencecah USD$1995/oz pada separuh ke2 tahun ini!
 
gld jul16


Harapan, agar info ini dapat dimanfaat oleh semua rakan pelabur dan juga yang berminat untuk melabur dalam logam mulia ini..



SELAMAT MELABUR



SALAM SUKSES

Tuesday, July 17, 2012

Emas dijangka cecah USD$1,800/oz sebelum akhir 2012


Salam ukhwah…moga sejahtera..

Sepanjang separuh tahun pertama 2012, pelabur emas tertunggu-tunggu masa harga emas ‘menyinar’..seperti tahun-tahun sebelumnya…

Menurut Philip Klapwijk; harga emas dijangka akan meningkat USD$1,800/oz sebelum akhir 2012 dan berada di kemuncak pada suku pertama 2013” jelas beliau semasa melancar Chinese Edition of Gold Survey 2012 di Beijing pada Selasa lepas.

Mungkin info ini membantu para pelabur menarik nafas lega dan boleh mengambil untung jangka pendek. Tetapi bagi pelabur jangka panjang pelaburan emas tetap lumayan!
 

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Wednesday, July 11, 2012

Jongkong emas MENUNGGU juara badminton Olimpik

Jongkong emas RM2j



ANDREW KAM (kanan) memegang jongkong emas bernilai RM2 juta bersama-sama Chong Wei pada majlis pengumuman insentif tersebut di ibu negara semalam.


JONGKONG emas bernilai RM2 juta. Itu ganjaran yang bakal menanti barisan pemain badminton negara sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas daripada temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula 27 Julai ini.
Ganjaran tersebut adalah sumbangan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).
Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, insentif jongkong emas itu adalah sebagai tanda sokongan daripada pihaknya terhadap barisan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di bumi London nanti.
Katanya, ganjaran tersebut adalah khusus buat barisan pemain badminton negara sahaja.
“Saya cabar pemain-pemain negara yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti untuk berusaha mendapatkan pingat emas.
“Jika berjaya, KLRC menerusi skim hadiah kemenangan kami akan memberikan ganjaran berupa jongkong emas bernilai RM2 juta kepada pemain yang meraih pingat emas.
“Ini semua adalah sokongan KLRC terhadap pemain negara dalam usaha memastikan Malaysia berjaya merealisasikan impian untuk memenangi pingat emas buat kali pertama pada Sukan Olimpik,” kata Andrew.
Andrew berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan ganjaran tersebut di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar.
Ditanya mengapa ganjaran tersebut hanya untuk barisan pemain badminton negara dan tidak kepada atlet-atlet yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012, Andrew berkata: “Saya sangat cintakan sukan badminton.
“Sebab itu, ganjaran ini hanya untuk pemain badminton negara sahaja.”
Bagaimanapun, Andrew menjelaskan bahawa jika terdapat lebih daripada seorang pemain badminton negara yang meraih pingat emas, jongkong emas seberat 12.5 kilogram itu akan dibahagikan sama rata.
Enam pemain negara yang bakal beraksi di London diketuai oleh jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.
Sementara itu, Chong Wei menganggap ganjaran tersebut bakal menjadi motivasi kepada barisan pemain negara untuk berusaha menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia.
“Saya harap ganjaran ini akan menaikkan lagi semangat bukan sahaja buat diri saya sendiri tetapi kepada lima lagi pemain yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti.
“Jika ada yang mengatakan ia hanya memberi tekanan kepada pemain tetapi bagi saya tidak. Jika kita kekal fokus, kita boleh melakar kejayaan,” jelas Chong Wei yang turut hadir pada majlis tersebut bersama lima lagi pemain negara semalam.
Dengan habuan yang diumumkan oleh KLRC itu, barisan pemain badminton negara berpeluang untuk membawa pulang RM4 juta andai berjaya menjelmakan kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij dunia itu.
Sebelum ini, Kementeria Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) menawarkan RM1 juta kepada setiap pemenang pingat emas Sukan Olimpik.
Jumlah tersebut bertambah apabila sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd., turut menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas.

Tuesday, July 10, 2012

Miliki emas semasa harga rendah sangat berbaloi..

Salam ukhwah…moga sejahtera

Kebelakangan ini turun naik harga emas nampaknya semakin sukar untuk ditelah. Jumaat lepas harga dibuka pada USD1551/oz  menlonjak ke USD$1604/oz dalam masa satu hari. Ia telah merekod kenaikan yang paling besar dalam sejarah. Tetapi ditutup pada USD$1578/oz!!

Saya suka berkongsi info di bawah ini (tanpa diterjemah bimbang menyimpang dari fakta sebenar) sebagai pendorong mengapa kita patut melabur/memiliki emas semasa harga rendah sepertimana berlaku dalam pasaran ketika ini:

According to a recent Barron's article:
Big changes are afoot in the gold market. The short take: The new environment will favor long-term investors who buy and hold for years over speculators who try to trade day-to-day gyrations.

For one thing, central bankers are back buying gold. Think it's no big deal? The last time we saw the so-called official sector as such a consistent and major buyer was in 1965.
Central banks increased their gold hoards by 400 metric tons—each equal to almost 2,205 pounds—in the 12 months through March 31, up from 156 tons during the prior year, according to recent World Gold Council data.

The council "is now confident that central banks will continue to buy gold and has added official-sector purchases as a new element of gold demand."
But that's only one big change.

The second: Short-term speculators have fled the market. Open interest of managed futures funds, considered a good proxy for all speculators, has dropped a staggering 28% since the beginning of September, to approximately 203,224 contracts as of June 5.
This central bank buying piggybacks on the buying they did last year.

In late 2011, central banks became net buyers of gold for the first time since the 1960s.
In fact, 2011 was a watershed investment year for central banks around the world: They increased their purchases by 571% — from 77 tons in 2010 to 440 tons in 2011.
 

Harapan agar info ini dapat dimanfaatkan semua untuk terus melabur emas dan meraih keuntungan lumayan.



SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Monday, July 2, 2012

BELI, BELI, BELI…emas sekarang!


 


Salam ukhwah…moga sejahtera

Harga emas sekarang telah berada di paras terendah!...dan diyakini akan mendaki bila-bila masa sahaja. Paras harga pada USD$1,600/oz adalah garis harga paling kritikal. Jika harga dapat melepasi garisan ini harga emas akan pantas bergerak ke atas.

Setelah melalui beberapa persidangan, tetapi EU masih gagal mencari jalan penyelesaian terhadap krisis hutang/kewangan bagi Negara zon eropah. Ini telah menyebabkan nilai euro terus menjunam dan nilai DOLAR melonjak tinggi.

Graf dibawah menunjukkan nilai dolar terus tinggi berbanding euro;
 US Dollar versus Euro 
Kenaikan nilai DOLAR dikatakan faktor penyebab utama kejatuhan harga emas…

Walau bagaimana pun, factor ini TIDAK akan selalu benar.. terlalu banyak wang kertas (DOLAR) dalam pasaran sekarang ini akan menyebabkan keseluruhan nilai matawang kertas menyusut…dan sudah tentu kadar inflasi akan melambung tinggi dalam masa terdekat!
Ketika itu DOLAR bukan lagi sebagai penyelamat nilai kekayaan berbanding dengan nilai intrisik emas!
Sumber: Briton L. Ryle

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES