Monday, December 24, 2012

Ramalan harga emas 2013 oleh beberapa bank dan pakar pelaburan..


Salam ukhwwah…moga sejahtera..

2012 hampir ke penghujung… banyak perkara dan jatuh bangun yang telah kita lalui sepanjang tahun ini.. semua itu saya percaya mematangkan kita untuk lebih berjaya di masa-masa akan datang..

Begitu juga dengan naik turun harga emas berjalan seiring dengan perkembangan dan pergolakan semasa..

Emas menjunam di akhir 2012…

Bagaimana pula pada 2013??

Terdapat banyak pendapat pakar dari institusi pelaburan terhadap jangkauan harga emas TAHUN 2013:

  • Swiss bank UBS mengjangkakan harga purata emas 2013 meningkat 14% kepada US$1,900/oz
  • Ramalan dari London market – Maker Barclay - US$1,815/oz
  • Investment bank Morgan Stanley mengjangkakan purata harga emas meningkat kepada US$2,000/oz pada 2013 dan US$2,400/oz pada 2014
  • Capital Economic meramalkan emas meningkat kepada US$2,200/oz pada lewat 2013
Walau apa pun, SELAMAT MELABUR

 

SALAM SUKSES

Sunday, December 16, 2012

Ramalan emas 2013 – mana satu yang patut dipercayai?



Salam ukhwwah…moga sejahtera...

 2012 sudah hampir melabuh tirainya… Sepanjang tahun ini harga emas diniagakan dalam suasana yang kurang memberangsangkan dan tidak menepati ramalan pakar sebelumnya!

Bagaimana pula 2013?

Eamas dipercayai dan dijangka akan meningkat kerana Basel Committee of Bank Supervision akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan nilai emas. BCBS akan melaksanakan peraturan bank antarabangsa yang merancang untuk mengembalikan emas sebagai aset kelas pertama (Tier 1 asset) yang membawa nilai sebenarnaya (100%) berbanding sebelum ini hanya 50% dari harga pasaran!

Di mana;

Dijangkakan pada Januari 2013,  EMAS akan sama NILAI dengan WANG.

Bermakna: Harga emas akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan.

 
Tetapi tidak semua pakar membuat ramalan yang sama

Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntung pelabur. Para pelabur emas dingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga!

 
Jadi mana satu yang kita perlu percaya?

Mengikut penasihat pelaburan kita perlu bijak melihat isu disebalik ramalan ini. Kerana ramai pakar pelaburan di luar sana mempunyai agenda tertentu. Setengah dari mereka meramalkan emas akan turun mengharapkan supaya pemegang emas menjual stok mereka. Pada ketika itu mereka akan berpeluang membeli emas pada harga yang lebih murah.!!

 
Info ringkas ini diharap DAPAT membuka ruang percambahan fikiran yang lebih baik.
 

SALAM SUKSES


Sunday, November 18, 2012

Rahsia kehebatan emas terbongkar sudah!!


Salam Maal Hijrah 1434…moga sejahtera.

Rahsia emas telah kembali menguasai ekonomi sejagat setelah dinafikan nilai intrisiknya oleh Presiden Nixon 40 tahun yang lalu..

Logam kuning ini dicipta Allah SWT, sebagai pemegang nilai atau standard nilai sejagat  dalam urusan pembangunan ekonomi manusia di muka bumi ini. Ia tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Tiada pihak yang teraniaya dengan putar belit speculator dalam mengaut keuntungan di atas kelemahan pihak lain.

Tetapi emas telah dinafikan sekian lama…

Walau bagaimanapun, kemurniaan ciptaannya tetap akan bersinar…

EMAS akan dimertabatkan semula sebagai matawang baru pada 1 Januari 2013, iaitu,  setelah gagal menemui langkah mengatasi krisis ekonomi dan beban hutang teruk yang ditanggung oleh beberapa Negara besar dunia!!!

Sehubungan itu, nilai emas dijangka akan meningkat sehingga 2 kali ganda.


Subhanallah.

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Sunday, October 14, 2012

Ramalan harga emas 2013

Salam ukwah...moga sejahtera

Emas akan menjadi mata wang baru pada tahun depan giat diperkatakan...di akhir-akhir ini berikutan bank-bank utama dunia menambah belian emas mereka...

cao basel report segment

Tuesday, October 2, 2012

Emas akan menjadi “first tier asset”


 
Salam ukhwah…moga sejahtera…

Tahniah kepada semua penyimpan EMAS..

Bank-bank utama dunia telah bersepakat menjadikan EMAS sebagai FIRST Tier Asset (Tier 1) daripada kedudukan sebelum ini sebagai Tier 3.

Ia adalah sebagai langkah bagi menangani kemelut dalam krisis hutang dunia yang tidak berkesudahan terutama bagi Negara Uncle Sam dan Zon Eropah.

Emas akan kembali menjadi sandaran mata wang dunia berkuasa 1 Januari 2013.

Sekira ini menjadi kenyataan, bayangkan kejatuhan nilai DOLAR Amerika dan kenaikan harga emas dunia!
 

Sumber : Wealthdaily

 
SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Sunday, September 30, 2012

Emas dijangka lebih tinggi minggu depan


Salam ukhwwah…moga sejahtera…

Harga emas minggu ini dikatakan akan terus meningkat. Mengikut Kitco News weekly Gold Survey 83.4% daripada ahli menjangkakan harga meningkat, sementara 8.3% daripada ahli, masing-masing berpendapat harga emas akan jatuh atau tidak berubah!

  Kitco Gold Survey

Walau bagaimana pun, Presiden yang juga pengatur strategi kepada INO dan MarketClub.com mengjangkakan harga emas akan meningkat hingga USD2000/oz menjelang akhir tahun ini!

 

SELAMAT MELABUR
 

SALAM SUKSES

Sunday, September 9, 2012

Cara mudah uji ketulinan emas anda


Salam ukhwah…moga sejahtera..

Kebelakangan ini ramai di antara kita tertipu atau terbeli jonkong/dinar emas yang tidak 100% tulin. Selalunya jongkong emas tersebut dimasukkan kepingan tungsten didalamnya!

Jadi bagaimana untuk mengetahuinya?

Paling mudah. Anda tidak perlu mempunyai peralatan canggih!.

Cuma anda perlu ada MAGNET.

Tahukah anda?

EMAS adalah logam yang paling tidak magnetik. Jadi salah satu cara paling mudah untuk menguji ketulinan emas adalah hanya lah dengan mengguna magnet. Sekiranya emas anda ditarik magnet… MAKNANYA…SUDAH PASTI ADA LOGAM LAIN YANG TERSEMBUNYI…

Harap2 info ringkas ini dapat membantu kita semua daripada menjadi mangsa penipuan.
 

SELAMAT MELABUR

 
SALAM SUKSES

Tuesday, August 28, 2012

Harga perak sedang menuju USD$50/oz


Salam ukwah…moga sejahtera

 Para pelabur yang menyimpan perak/silver akan menikmati durian runtuh… Mengikut perkembangan pasaran harga, perak dijangka akan melepasi USD$50/oz dalam masa 6 bulan dan USD$75/oz dalam tempoh 12 bulan datang.

 
SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES
 
 

Thursday, August 23, 2012

Emas naik ekoran kejatuhan nilai dolar


Salam ukhwah…moga sejahtera dan SALAM IDUL FITRI.

Harga emas telah menunjukkan perkembangan positif dalam minggu sambutan idulfitri 1433 ini.. Alhamdulillah.

Ini adalah ekoran dari kejatuhan indeks dolar bawah support 82 dan kecenderungan bank-bank pusat dunia menambah milikan emas mereka..

Moga kita dilimpahkan dengan rezeki yang barakah.

Tuesday, August 14, 2012

Nilai dolar sudah terlebih nilai…


Salam ukhwah…moga sejahtera…


Apa kesannya sekira nilai sudah terlalu bullish kepada nilai EMAS?

New York, NY, August 10, 2012 --(PR.com)-- Parsons is predicting that the gold price will move in a range between $1550 and $2025 with a year-end price of $1900. This is very much in the conservative mid range of most other forecasters and analysts.

Parsons believes the US dollar will be a bullish factor for gold as it is fundamentally overvalued (specifically against the Yuan and associated currencies of the Far East), and should decline which will be quite bullish for gold.

The other key bullish factors, as he sees it, have not changed. Record government debt levels, slow growth/recession, and a drift in much of the OECD towards deflation continue to force economic stimulus on the shoulders of central banks. The ECB and other central banks will maintain extremely loose monetary policies throughout 2012 and the Fed will be forced to introduce QE3. The monetary reflation factor alone could be enough to see gold rise well above $2000.

Other factors should continue to favor gold in 2012, including central bank gold demand, which should add to demand for years to come, and geopolitical turmoil in the Middle East and elsewhere. The latter will cause surges in the gold price, surges likely also to be reflected in the oil price.

In short, Parsons believes, the rest of 2012 will be somewhat like quarters 3 and 4 in 2008 and be a contest between recession and monetary reflation. He is forecasting reflation will win the day for gold.

Indeed, Parsons’ outlook and the general consensus among bank analysts are very similar and actually remarkably positive for the yellow metal looking ahead contrasting with mostly exceedingly cautious predictions in the past.

Mmaklumat ini adalah sebagai perkongsian info kepada semua pelabur dan bakal pelabur emas..



SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Wednesday, August 1, 2012

Beli emas sebelum terlambat…


Salam ukhwah…moga sejahtera..
 
Kepada yang telah memiliki emas,  sekalung tahniah saya ucapakan! Dan kepada yang belum BELI EMAS SEBELUM KHAMIS (ESOK)!

Waah sound great!!

Mengikut analisis teknikal, pergerakan turun naik harga emas telah mencapai bentuk “segitiga”. Ia menunjukkan tren harga ke bawah (down trend) telah berakhir dan akan bermulanya “up trend”, di mana harga emas dijangka akan menuju ke USD$1800/oz dalam tempoh Q3 terdekat ini.

Rujuk graf di bawah:

 gold jul 30

Ok itu saja info untuk hari ini… Selamat menjalani ibadah puasa dan salam iftar.

  

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Sunday, July 29, 2012

Ke mana arah harga emas minggu ini…



Salam ukhwah…moga sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa.

Sekadar menghidang info… untuk makluman pelabur dan bakal pelabur terhadap tren pergerakan harga emas semasa.

Kita telah lihat dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini harga emas agak mendatar dan tidak berprestasi seperti tahun-tahun sebelumnya…

Dan dalam 5 minggu ini, baru ada tanda harga mula bergerak naik, namun masih jauh dari harga yang pernah dicatat sebelum ini.

Mengikut Kitco Weekly Survey harga emas minggu ini akan meningkat! Walau bagaimana pun harga dijangka hanya akan cecah  USD$1640/oz…


Kitco Gold Survey

Harapan agar info ringkas boleh dimanfaatkan bersama....



SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, July 23, 2012

TaHu itu senjata…


Salam ukhwah…moga sejahtera dalam menjalankan ibadat sepanjang ramadhan ini..

Syukur. dan telah berada di hari yang ke-3 pada ramadhan kali 1433..

Sambil menunaikan ibadat puasa, tidak salah kiranya kita meninjau-ninjau ilmu dan info dalam bidang pelaburan yang kita ceburi.

Knowledge is Power!

Saya yakin rakan pelabur dan bakal pelabur emas/perak sentiasa mengikut perkembangan semasa yang memberi impak terhadap pelaburan emas. Ia sangat penting kerana dengan pengetahuan ini akan menajamkan lagi strategi pelaburan masing-masing.

Mengikut, pakar pelaburan Christian DeHaemer; emas dan perak dipercayai akan melonjak dalam separuh tahun kedua ini walau pun harga puncaknya diyakini akan berlaku pda 2013!

Perak dilihat turun hingga USD$21/oz dan akan melonjak ke USD$47/oz, manakala emas pula sideways beberapa bulan lepas hingga USD1400/oz dan dipercayai akan mencecah USD$1995/oz dalam separuh kedua tahun ini!

Sila Rujuk Graf perak dan emas di bawah:


Harga PERAK melonjak USD$47/oz pada bulan depan!!

slv jul16


Harga EMAS...sideways dan dijangka mencecah USD$1995/oz pada separuh ke2 tahun ini!
 
gld jul16


Harapan, agar info ini dapat dimanfaat oleh semua rakan pelabur dan juga yang berminat untuk melabur dalam logam mulia ini..



SELAMAT MELABUR



SALAM SUKSES

Tuesday, July 17, 2012

Emas dijangka cecah USD$1,800/oz sebelum akhir 2012


Salam ukhwah…moga sejahtera..

Sepanjang separuh tahun pertama 2012, pelabur emas tertunggu-tunggu masa harga emas ‘menyinar’..seperti tahun-tahun sebelumnya…

Menurut Philip Klapwijk; harga emas dijangka akan meningkat USD$1,800/oz sebelum akhir 2012 dan berada di kemuncak pada suku pertama 2013” jelas beliau semasa melancar Chinese Edition of Gold Survey 2012 di Beijing pada Selasa lepas.

Mungkin info ini membantu para pelabur menarik nafas lega dan boleh mengambil untung jangka pendek. Tetapi bagi pelabur jangka panjang pelaburan emas tetap lumayan!
 

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Wednesday, July 11, 2012

Jongkong emas MENUNGGU juara badminton Olimpik

Jongkong emas RM2j



ANDREW KAM (kanan) memegang jongkong emas bernilai RM2 juta bersama-sama Chong Wei pada majlis pengumuman insentif tersebut di ibu negara semalam.


JONGKONG emas bernilai RM2 juta. Itu ganjaran yang bakal menanti barisan pemain badminton negara sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas daripada temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula 27 Julai ini.
Ganjaran tersebut adalah sumbangan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).
Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, insentif jongkong emas itu adalah sebagai tanda sokongan daripada pihaknya terhadap barisan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di bumi London nanti.
Katanya, ganjaran tersebut adalah khusus buat barisan pemain badminton negara sahaja.
“Saya cabar pemain-pemain negara yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti untuk berusaha mendapatkan pingat emas.
“Jika berjaya, KLRC menerusi skim hadiah kemenangan kami akan memberikan ganjaran berupa jongkong emas bernilai RM2 juta kepada pemain yang meraih pingat emas.
“Ini semua adalah sokongan KLRC terhadap pemain negara dalam usaha memastikan Malaysia berjaya merealisasikan impian untuk memenangi pingat emas buat kali pertama pada Sukan Olimpik,” kata Andrew.
Andrew berkata demikian pada sidang media bagi mengumumkan ganjaran tersebut di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar.
Ditanya mengapa ganjaran tersebut hanya untuk barisan pemain badminton negara dan tidak kepada atlet-atlet yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012, Andrew berkata: “Saya sangat cintakan sukan badminton.
“Sebab itu, ganjaran ini hanya untuk pemain badminton negara sahaja.”
Bagaimanapun, Andrew menjelaskan bahawa jika terdapat lebih daripada seorang pemain badminton negara yang meraih pingat emas, jongkong emas seberat 12.5 kilogram itu akan dibahagikan sama rata.
Enam pemain negara yang bakal beraksi di London diketuai oleh jaguh perseorangan, Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yi.
Sementara itu, Chong Wei menganggap ganjaran tersebut bakal menjadi motivasi kepada barisan pemain negara untuk berusaha menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia.
“Saya harap ganjaran ini akan menaikkan lagi semangat bukan sahaja buat diri saya sendiri tetapi kepada lima lagi pemain yang turut beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti.
“Jika ada yang mengatakan ia hanya memberi tekanan kepada pemain tetapi bagi saya tidak. Jika kita kekal fokus, kita boleh melakar kejayaan,” jelas Chong Wei yang turut hadir pada majlis tersebut bersama lima lagi pemain negara semalam.
Dengan habuan yang diumumkan oleh KLRC itu, barisan pemain badminton negara berpeluang untuk membawa pulang RM4 juta andai berjaya menjelmakan kilauan pingat emas buat kontinjen Malaysia pada temasya berprestij dunia itu.
Sebelum ini, Kementeria Belia dan Sukan (KBS) menerusi insentif Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) menawarkan RM1 juta kepada setiap pemenang pingat emas Sukan Olimpik.
Jumlah tersebut bertambah apabila sebuah syarikat perabot, 3V Holdings Sdn. Bhd., turut menawarkan ganjaran bernilai RM1 juta kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas.

Tuesday, July 10, 2012

Miliki emas semasa harga rendah sangat berbaloi..

Salam ukhwah…moga sejahtera

Kebelakangan ini turun naik harga emas nampaknya semakin sukar untuk ditelah. Jumaat lepas harga dibuka pada USD1551/oz  menlonjak ke USD$1604/oz dalam masa satu hari. Ia telah merekod kenaikan yang paling besar dalam sejarah. Tetapi ditutup pada USD$1578/oz!!

Saya suka berkongsi info di bawah ini (tanpa diterjemah bimbang menyimpang dari fakta sebenar) sebagai pendorong mengapa kita patut melabur/memiliki emas semasa harga rendah sepertimana berlaku dalam pasaran ketika ini:

According to a recent Barron's article:
Big changes are afoot in the gold market. The short take: The new environment will favor long-term investors who buy and hold for years over speculators who try to trade day-to-day gyrations.

For one thing, central bankers are back buying gold. Think it's no big deal? The last time we saw the so-called official sector as such a consistent and major buyer was in 1965.
Central banks increased their gold hoards by 400 metric tons—each equal to almost 2,205 pounds—in the 12 months through March 31, up from 156 tons during the prior year, according to recent World Gold Council data.

The council "is now confident that central banks will continue to buy gold and has added official-sector purchases as a new element of gold demand."
But that's only one big change.

The second: Short-term speculators have fled the market. Open interest of managed futures funds, considered a good proxy for all speculators, has dropped a staggering 28% since the beginning of September, to approximately 203,224 contracts as of June 5.
This central bank buying piggybacks on the buying they did last year.

In late 2011, central banks became net buyers of gold for the first time since the 1960s.
In fact, 2011 was a watershed investment year for central banks around the world: They increased their purchases by 571% — from 77 tons in 2010 to 440 tons in 2011.
 

Harapan agar info ini dapat dimanfaatkan semua untuk terus melabur emas dan meraih keuntungan lumayan.



SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Monday, July 2, 2012

BELI, BELI, BELI…emas sekarang!


 


Salam ukhwah…moga sejahtera

Harga emas sekarang telah berada di paras terendah!...dan diyakini akan mendaki bila-bila masa sahaja. Paras harga pada USD$1,600/oz adalah garis harga paling kritikal. Jika harga dapat melepasi garisan ini harga emas akan pantas bergerak ke atas.

Setelah melalui beberapa persidangan, tetapi EU masih gagal mencari jalan penyelesaian terhadap krisis hutang/kewangan bagi Negara zon eropah. Ini telah menyebabkan nilai euro terus menjunam dan nilai DOLAR melonjak tinggi.

Graf dibawah menunjukkan nilai dolar terus tinggi berbanding euro;
 US Dollar versus Euro 
Kenaikan nilai DOLAR dikatakan faktor penyebab utama kejatuhan harga emas…

Walau bagaimana pun, factor ini TIDAK akan selalu benar.. terlalu banyak wang kertas (DOLAR) dalam pasaran sekarang ini akan menyebabkan keseluruhan nilai matawang kertas menyusut…dan sudah tentu kadar inflasi akan melambung tinggi dalam masa terdekat!
Ketika itu DOLAR bukan lagi sebagai penyelamat nilai kekayaan berbanding dengan nilai intrisik emas!
Sumber: Briton L. Ryle

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Monday, June 25, 2012

Emas akan menjadi Aset Pegangan Utama Bank

Salam ukhwah…moga sejahtera

Emas telah kembali ke dalam sistem bank! 

Jika sebelum ini emas hanya menjadi asset pegangan ke 3, selepas WANG TUNAI dan stok/bon, kini emas akan diletak sebagai asset pegangan utama bank.

Di mana kebelakangan ini, Bank Pusat seluruh dunia terus menambah pemilikan emas kerana meyakini komoditi SIFAR RISIKO ini sebagai asset utama bank.

Terbaru bank pusat Kazakhstan telah menambah rizab emas menjadi 20% dengan membeli sejumlah 20 tan emas pada tahun ini dan mengurangkan pegangan EURO dari 30% kepada 25%.!

Ini telah meletak Kazakhstan, negara pemilik emas sebaris dengan China, Russia, Mexico, Colombia dan Korea Selatan.

Dalam krisis kewangan dan kemelut ekonomi yang tidak menentu di US dan Eropah menjadikan emas penyelamat!

Emas tetap bersinar….


SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Thursday, June 21, 2012

Emas akan melonjak ke USD$8,500/oz???


Salam ukhwah…moga sejahtera

Mengikut Christian A. DeHaemer,  Emas sedang menuju USD$8,500/oz! Setelah beberapa bulan menjunam di bawah paras USD$1,600/oz.

Ramai para pelabur emas akan menarik nafas lega. Setelah lama gundah dengan turun naik harga sebelum ini.

Dan sekarang emas dipercayai baru berada dipermulaan BULLISH PRICE”, iaitu setelah beberapa langkah pemulihan krisis kewangan zon eropah. Keadaan ini akan menekan nilai dolar terus rendah dan akan mengakibatkan bajet AS mengalami defisit.

Tahniah kepada pelabur emas berkat di atas kesabaran mengharungi turun naik harga selama ini.


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

Tuesday, June 12, 2012

Emas akan turun lagi??

Salam ukhwah…moga sejahtera

Mungkin ini berita yang membuat pelabur menjadi semakin resah. Terutama kepada pelabur yang membeli emas ketika harga tinggi! Mungkin ramai di antara mereka telah rugi “atas kertas”.

Pada separuh pertama tahun ini emas dilihat seakan-akan hilang ‘mojo’nya….iaitu setelah berprestasi cemerlang dalam 10 tahun yang lepas. Di mana emas telah mencatat kenaikan purata di antara 25 – 35% setahun, Ketika itu pelabur tersenyum lebar!

Tetapi pada akhir-akhir ini harga dilihat seperti seolah-olah kehilangan arah. Dan dipercayai selepas 17 Jun 2012 iaitu piliharaya Greece (salah satu Negara zon eropah) tren harga akan berubah sama ada ke atas atau sebaliknya.

Mengikut penganalisis, sekiranya harga emas turun sehingga menembusi “support” USD$1520/oz harga emas akan menjunam hingga ke USD$1400/oz sebagai support harga yang baru.

Tetapi jika sebaliknya harga dipercayai akan melonjak kepada paras harga yang tertinggi  seperti yang pernah dicatat sebelum ini..

Walau bagaimana pun, harga emas dipercayai tidak akan mengecewakan para pelabur dalam jangka masa panjang.


SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES