Monday, December 24, 2012

Ramalan harga emas 2013 oleh beberapa bank dan pakar pelaburan..


Salam ukhwwah…moga sejahtera..

2012 hampir ke penghujung… banyak perkara dan jatuh bangun yang telah kita lalui sepanjang tahun ini.. semua itu saya percaya mematangkan kita untuk lebih berjaya di masa-masa akan datang..

Begitu juga dengan naik turun harga emas berjalan seiring dengan perkembangan dan pergolakan semasa..

Emas menjunam di akhir 2012…

Bagaimana pula pada 2013??

Terdapat banyak pendapat pakar dari institusi pelaburan terhadap jangkauan harga emas TAHUN 2013:

  • Swiss bank UBS mengjangkakan harga purata emas 2013 meningkat 14% kepada US$1,900/oz
  • Ramalan dari London market – Maker Barclay - US$1,815/oz
  • Investment bank Morgan Stanley mengjangkakan purata harga emas meningkat kepada US$2,000/oz pada 2013 dan US$2,400/oz pada 2014
  • Capital Economic meramalkan emas meningkat kepada US$2,200/oz pada lewat 2013
Walau apa pun, SELAMAT MELABUR

 

SALAM SUKSES

Sunday, December 16, 2012

Ramalan emas 2013 – mana satu yang patut dipercayai?



Salam ukhwwah…moga sejahtera...

 2012 sudah hampir melabuh tirainya… Sepanjang tahun ini harga emas diniagakan dalam suasana yang kurang memberangsangkan dan tidak menepati ramalan pakar sebelumnya!

Bagaimana pula 2013?

Eamas dipercayai dan dijangka akan meningkat kerana Basel Committee of Bank Supervision akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan nilai emas. BCBS akan melaksanakan peraturan bank antarabangsa yang merancang untuk mengembalikan emas sebagai aset kelas pertama (Tier 1 asset) yang membawa nilai sebenarnaya (100%) berbanding sebelum ini hanya 50% dari harga pasaran!

Di mana;

Dijangkakan pada Januari 2013,  EMAS akan sama NILAI dengan WANG.

Bermakna: Harga emas akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan.

 
Tetapi tidak semua pakar membuat ramalan yang sama

Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntung pelabur. Para pelabur emas dingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga!

 
Jadi mana satu yang kita perlu percaya?

Mengikut penasihat pelaburan kita perlu bijak melihat isu disebalik ramalan ini. Kerana ramai pakar pelaburan di luar sana mempunyai agenda tertentu. Setengah dari mereka meramalkan emas akan turun mengharapkan supaya pemegang emas menjual stok mereka. Pada ketika itu mereka akan berpeluang membeli emas pada harga yang lebih murah.!!

 
Info ringkas ini diharap DAPAT membuka ruang percambahan fikiran yang lebih baik.
 

SALAM SUKSES


Sunday, November 18, 2012

Rahsia kehebatan emas terbongkar sudah!!


Salam Maal Hijrah 1434…moga sejahtera.

Rahsia emas telah kembali menguasai ekonomi sejagat setelah dinafikan nilai intrisiknya oleh Presiden Nixon 40 tahun yang lalu..

Logam kuning ini dicipta Allah SWT, sebagai pemegang nilai atau standard nilai sejagat  dalam urusan pembangunan ekonomi manusia di muka bumi ini. Ia tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Tiada pihak yang teraniaya dengan putar belit speculator dalam mengaut keuntungan di atas kelemahan pihak lain.

Tetapi emas telah dinafikan sekian lama…

Walau bagaimanapun, kemurniaan ciptaannya tetap akan bersinar…

EMAS akan dimertabatkan semula sebagai matawang baru pada 1 Januari 2013, iaitu,  setelah gagal menemui langkah mengatasi krisis ekonomi dan beban hutang teruk yang ditanggung oleh beberapa Negara besar dunia!!!

Sehubungan itu, nilai emas dijangka akan meningkat sehingga 2 kali ganda.


Subhanallah.

SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Sunday, October 14, 2012

Ramalan harga emas 2013

Salam ukwah...moga sejahtera

Emas akan menjadi mata wang baru pada tahun depan giat diperkatakan...di akhir-akhir ini berikutan bank-bank utama dunia menambah belian emas mereka...

cao basel report segment

Tuesday, October 2, 2012

Emas akan menjadi “first tier asset”


 
Salam ukhwah…moga sejahtera…

Tahniah kepada semua penyimpan EMAS..

Bank-bank utama dunia telah bersepakat menjadikan EMAS sebagai FIRST Tier Asset (Tier 1) daripada kedudukan sebelum ini sebagai Tier 3.

Ia adalah sebagai langkah bagi menangani kemelut dalam krisis hutang dunia yang tidak berkesudahan terutama bagi Negara Uncle Sam dan Zon Eropah.

Emas akan kembali menjadi sandaran mata wang dunia berkuasa 1 Januari 2013.

Sekira ini menjadi kenyataan, bayangkan kejatuhan nilai DOLAR Amerika dan kenaikan harga emas dunia!
 

Sumber : Wealthdaily

 
SELAMAT MELABUR


SALAM SUKSES

Sunday, September 30, 2012

Emas dijangka lebih tinggi minggu depan


Salam ukhwwah…moga sejahtera…

Harga emas minggu ini dikatakan akan terus meningkat. Mengikut Kitco News weekly Gold Survey 83.4% daripada ahli menjangkakan harga meningkat, sementara 8.3% daripada ahli, masing-masing berpendapat harga emas akan jatuh atau tidak berubah!

  Kitco Gold Survey

Walau bagaimana pun, Presiden yang juga pengatur strategi kepada INO dan MarketClub.com mengjangkakan harga emas akan meningkat hingga USD2000/oz menjelang akhir tahun ini!

 

SELAMAT MELABUR
 

SALAM SUKSES

Sunday, September 9, 2012

Cara mudah uji ketulinan emas anda


Salam ukhwah…moga sejahtera..

Kebelakangan ini ramai di antara kita tertipu atau terbeli jonkong/dinar emas yang tidak 100% tulin. Selalunya jongkong emas tersebut dimasukkan kepingan tungsten didalamnya!

Jadi bagaimana untuk mengetahuinya?

Paling mudah. Anda tidak perlu mempunyai peralatan canggih!.

Cuma anda perlu ada MAGNET.

Tahukah anda?

EMAS adalah logam yang paling tidak magnetik. Jadi salah satu cara paling mudah untuk menguji ketulinan emas adalah hanya lah dengan mengguna magnet. Sekiranya emas anda ditarik magnet… MAKNANYA…SUDAH PASTI ADA LOGAM LAIN YANG TERSEMBUNYI…

Harap2 info ringkas ini dapat membantu kita semua daripada menjadi mangsa penipuan.
 

SELAMAT MELABUR

 
SALAM SUKSES