Wednesday, October 13, 2010

Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.

Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold) adalah di antara syarikat yang menawarkan produk bagi tujuan pelaburan emas di Malaysia. Ia merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dan dijual pada harga pasaran antarabangsa.

Syarikat ini beralamat di Penang

Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
www.publicgold.com.my
Tel : 04-644 9999


Apa yang menarik ialah syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas bertaraf antarabangsa. Ini kerana setiap emas yang dihasilkan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh
“Certified Assayer”


PRODUK EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD.
Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.


HARGA EMAS PUBLIC GOLD.

Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa. Di mana pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my dan membeli emas tersebut melalui agen Public Gold.

BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:
1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda
2. Membeli terus daripada Public Gold.

Jika anda ingin membeli terus daripada Public Gold maka anda boleh menelefon pejabat Public Gold di talian Tel : 04-644 9999.

Kos penghantaran untuk 20 gram ialah RM10, 50 gram ialah RM20 dan 100 gram ialah RM30. Sila layari web www.publicgold.com.my untuk perincian lanjut.

KELEBIHAN MEMBELI EMAS DARI PUBLIC GOLD.

1.         Stok sentiasa ada. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur      boleh membeli emas ketika harga murah.
2.         Harga yang dijual adalah kompetitif
3.         Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4.         Spread yang rendah (antara 5% - 6%)
5.         Agen Public Gold terdapat di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6.         Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walau pun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7.         Emas Public Gold boleh digadaikan.
8.         Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tetapi kena berurusan terus dengan main office di Pulau Pinang.
9.      Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.

No comments:

Post a Comment