Monday, November 22, 2010

SETIAP ORANG BERHAK MENJADI KAYA!!!!

Bagaimana?

Pertama:

Tanamkan hasrat untuk menjadi KAYA dalam fikiran, sebagai langkah pertama dan yang terpenting. Untuk merealisasikannya, sentiasa gambarkan dalam fikiran/minda dengan jelas hasrat ini. Kerana kita kita akan menjadi orang sebagaimana apa yang selalu kita fikirkan tentang diri kita!

Bagaimana mahu kaya jika kita tidak pernah berfikir untuk menjadi kaya?
Lumrah alam membuktikan KITA AKAN TUAI APA BENIH YANG KITA TANAM, sekiranya kita semai kacang hijau sudah pasti kita akan tuai taugeh!!! Tidak mungkin dan mustahil untuk kita menuai buah DURIAN....

Ayuh, kita sama-sama programkan minda dengan gambaran ini mulai dari saat ini jugak! Kerana ia amat mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang modal!!

Kedua:

Berdosakah kita jika menjadi kaya? Sudah tentu tidak menyalahi hukum syariat.. Malah Islam menggalakkan umatnya menjadi kaya dan tidak meminta-minta. Sesuai dengan hadis Baginda Rasulullah: Berusaha didunia ini seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari.

Sebagai muslim, kita harus menjadi kaya!!

Mengapa?

Kerana kita dituntut menjadi kaya! Untuk menyempurnakan kelima-lima RUKUN ISLAM, sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi kaya dan berharta. Mana mungkin kita menegakkan RUKUN ISLAM ke 4 dan 5 jika kita tidak berharta. Menunaikan ZAKAT (rukun ke4) dan FARDHU HAJI (rukun ke5) memerlukan wang/harta!

Justeru itu,
 
Buang persepsi negatif terhadap wang!

Kita sering didendangkan dengan ungkapan-ungkapan negatif dan mungkin tertanam rapi dalam minda SEKIAN LAMA, seperti:

`Duit bukannya boleh dibawa masuk ke kubur’
ataupun,

Momokan peribahasa mat salih;

“Money is the root of all evil” dan “Money cannot buy happiness”

Mungkin juga kita terkesan dengan cerita-cerita di TV, yang menggambarkan watak-watak orang kaya yang selalunya jahat, tamak dan bongkak!!

Tidak dinafikan wang dan kekayaan membuat seseorang lalai dan alpa dengan kemewahannya, terpulang kepada kebijaksanaan untuk menerimanya dengan penuh rasa syukur. Kerana ALLAH adalah pemilik segala KHAZANAH ALAM, kepadaNYA kita meminta.

Ketiga:

Berusaha, Berusaha dan terus Berusaha untuk merealisasikannya!!!!...
Ketahuilah, pendapatan yang besar belum tentu membuat seseorang itu menjadi KAYA. Apa yang penting bagaimana aliran wang masuk ke dalam saku kita diuruskan dengan bijak.

Kita selalunya tidak memberi perhatian kepada apa yang kita telah miliki. Kita seringkali menitikberatkan bagaimana untuk mendapatkan wang dari luar yang belum pasti menjadi milik kita.


Oleh itu, wang telah kita dimiliki  perlu diuruskan dengan baik supaya kita berjaya menyimpannya walaupun sedikit!!! Kerana wang yang disimpan dan dilaburkan akan menentu tahap kewangan kita yang sebenar.

Seperti kata pepatah mat salih “MONEY BREEDS MONEY”




Moga kita semua diberi kelapangan rezeki yang halal dan diredhai ALLAH swt.

No comments:

Post a Comment