Harga emas dijangka akan meningkat sehingga 1700 dolar/oz pada akhir tahun 2011.
7 faktor asas yang menyumbang kepada kenaikan harga emas:
Dasar fiscal dan kewangan serta kadar hutang Negara AS yang semakin meningkat dan kemorosotan nilai dolar US akan menyebabkan kadar inflasi global meningkat tinggi.
Kedua;
Ketidakstabilan krisis ekonomi di negara eropah, terutamanya terhadap penerimaan penggunaan euro sebagai matawang dirantau eropah telah menyebabkan kemerosotan pengukuhan nilai mata wang tersebut.
Ketiga;
Negara China telah muncul sebagai sebuah Negara mengimpot emas sebagai pelaburan negara. Ia juga sebagai dasar Negara yang menyokong pemilikan emas bagi mengatasi masalah inflasi negaranya.
Keempat;
Permintaan emas yang sentiasa meningkat dan berterusan dari Negara India dan lain-lain Negara ASIA.
Kelima;
Kemerosotan kekukuhan nilai dolar AS dan euro berbanding dengan China dan Rusia yang menggunakan simpanan emas sebagai rezab matawang mereka.
Keenam;
Peningkatan pelaburan emas di AS dan Negara Eropah secara runcit dan institusi menyebakan permintaan terhadap emas di Negara tersebut semakin menarik.
Ketujuh;
Kekurangan pengeluaran dari lombong-lombong emas dalam 5 tahun akan datang bagi menampung permintaan terhadap barang kemas, pelaburan dan sebagai rezab mata wang sesebuah Negara adalah penyumbang terbesar terhadap peningkatan harga emas global!!
Rujukan: Mineweb
No comments:
Post a Comment