Monday, May 14, 2012

Sekarang!.. masa paling sesuai membeli EMAS


Salam ukhwah…moga sejahtera

Sejak 3 bulan kebelakangan ini harga emas terus rendah jatuh sehingga lebih dari USD$400/oz. Dan ketika ini, adalah masa paling sesuai untuk kita memborong emas, sementara harga emas masih berada di paras terendah.

Dan kepada pelabur yang telah membeli emas pada harga yang lebih tinggi sebelum ini jangan gusar kerana harga EMAS tetap BULLISH. Cumanya mungkin untung relatifnya rendah jika dibandingkan dengan kedudukan harga sekarang..

5 sebab EMAS tetap akan bullish:

Pertama:
Bebanan hutang Negara-negara maju seperti Jepun, Amerika dan Negara-negara Eropah yang melonjak sehingga 8 trillion pada 2012, akan memberi tarikan besar terhadap peningkatan permintaan emas dalam masa jangka panjang.

 
Kedua:
Kadar faedah yang rendah hingga ke paras  negative di kebanyakan Negara-negara maju, dipercayai akan melonjakkan kadar inflasi. Kadar faedah negative ini dijangka akan kekal negative dalam beberapa tahun akan datang. Faktor ini sudah tentu akan menyebabkan harga emas akan melambung tinggi.

 
Ketiga:
Penambahan belian emas oleh bank-bank pusat di kebanyakan Negara seperti Mexico – 16.8 tan, Rusia – 15.6 tan, dan Turki 11.5 tan. Dan belian dari negara kecil yang lain seperti Tajikistan, Kazakhstan and Belarus juga turut meningkat. HCBC Global Research menjangkakan tren ini akan berterusan dalam tempoh 5 tahun akan datang.

 

Keempat:
Menurut UBS Investment Research, Negara China telah menambah pemilikan emas sejumlah 62.9 tan pada Mac lalu. Ini merupakan jumlah belian paling besar pada tahun ini. Dengan penambahan ini kemungkinan besar China akan muncul sebagai pembeli emas terbesar dunia mengatasi India!!

Kelima:
Kerajaan India telah menghapukan duti eksais ke atas barang kemas telah menyebabkan permintaan terhadap emas kembali meningkat sejak 17 April lalu, iaitu setelah import terhadap emas merosot sebanyak 55% sebelum ini.
 

Kejatuhan harga emas pada ketika ini sebenarnya adalah peluang terbaik kepada pelabur emas untuk menambah stok!!


SELAMAT MELABUR

 SALAM SUKSES

4 comments:

  1. ye btul tue..skang ms terbaik utk borong emas..

    ReplyDelete
  2. molek sangat tu
    duit tunggakan bulan lepas boleh juga digunakan
    tapi bukan aku la... orang lain
    hehe

    ReplyDelete
  3. IM:... ada masaalah dengan syiling baru salut mas sejak akhir-akhir ini.

    tak boleh guna kat vending machine...

    ReplyDelete
  4. Cik Tom, jgn borong semua ye...

    tehr, apa salahnya kalau cuba...utg nya lumayan..hehehe

    IM,mungkin disebabkan saiz syiling tu kot...lebih kecil dari biasa...

    ReplyDelete