Monday, December 24, 2012

Ramalan harga emas 2013 oleh beberapa bank dan pakar pelaburan..


Salam ukhwwah…moga sejahtera..

2012 hampir ke penghujung… banyak perkara dan jatuh bangun yang telah kita lalui sepanjang tahun ini.. semua itu saya percaya mematangkan kita untuk lebih berjaya di masa-masa akan datang..

Begitu juga dengan naik turun harga emas berjalan seiring dengan perkembangan dan pergolakan semasa..

Emas menjunam di akhir 2012…

Bagaimana pula pada 2013??

Terdapat banyak pendapat pakar dari institusi pelaburan terhadap jangkauan harga emas TAHUN 2013:

  • Swiss bank UBS mengjangkakan harga purata emas 2013 meningkat 14% kepada US$1,900/oz
  • Ramalan dari London market – Maker Barclay - US$1,815/oz
  • Investment bank Morgan Stanley mengjangkakan purata harga emas meningkat kepada US$2,000/oz pada 2013 dan US$2,400/oz pada 2014
  • Capital Economic meramalkan emas meningkat kepada US$2,200/oz pada lewat 2013
Walau apa pun, SELAMAT MELABUR

 

SALAM SUKSES

Sunday, December 16, 2012

Ramalan emas 2013 – mana satu yang patut dipercayai?



Salam ukhwwah…moga sejahtera...

 2012 sudah hampir melabuh tirainya… Sepanjang tahun ini harga emas diniagakan dalam suasana yang kurang memberangsangkan dan tidak menepati ramalan pakar sebelumnya!

Bagaimana pula 2013?

Eamas dipercayai dan dijangka akan meningkat kerana Basel Committee of Bank Supervision akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan nilai emas. BCBS akan melaksanakan peraturan bank antarabangsa yang merancang untuk mengembalikan emas sebagai aset kelas pertama (Tier 1 asset) yang membawa nilai sebenarnaya (100%) berbanding sebelum ini hanya 50% dari harga pasaran!

Di mana;

Dijangkakan pada Januari 2013,  EMAS akan sama NILAI dengan WANG.

Bermakna: Harga emas akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan.

 
Tetapi tidak semua pakar membuat ramalan yang sama

Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntung pelabur. Para pelabur emas dingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga!

 
Jadi mana satu yang kita perlu percaya?

Mengikut penasihat pelaburan kita perlu bijak melihat isu disebalik ramalan ini. Kerana ramai pakar pelaburan di luar sana mempunyai agenda tertentu. Setengah dari mereka meramalkan emas akan turun mengharapkan supaya pemegang emas menjual stok mereka. Pada ketika itu mereka akan berpeluang membeli emas pada harga yang lebih murah.!!

 
Info ringkas ini diharap DAPAT membuka ruang percambahan fikiran yang lebih baik.
 

SALAM SUKSES