Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
To save your family, buy GOLD. To help our nation, keep GOLD. To follow "sunnah", use GOLD.
Friday, December 3, 2010
Monday, November 22, 2010
SETIAP ORANG BERHAK MENJADI KAYA!!!!
Bagaimana?
Pertama:
Tanamkan hasrat untuk menjadi KAYA dalam fikiran, sebagai langkah pertama dan yang terpenting. Untuk merealisasikannya, sentiasa gambarkan dalam fikiran/minda dengan jelas hasrat ini. Kerana kita kita akan menjadi orang sebagaimana apa yang selalu kita fikirkan tentang diri kita!
Bagaimana mahu kaya jika kita tidak pernah berfikir untuk menjadi kaya?
Lumrah alam membuktikan KITA AKAN TUAI APA BENIH YANG KITA TANAM, sekiranya kita semai kacang hijau sudah pasti kita akan tuai taugeh!!! Tidak mungkin dan mustahil untuk kita menuai buah DURIAN....
Ayuh, kita sama-sama programkan minda dengan gambaran ini mulai dari saat ini jugak! Kerana ia amat mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan sebarang modal!!
Kedua:
Berdosakah kita jika menjadi kaya? Sudah tentu tidak menyalahi hukum syariat.. Malah Islam menggalakkan umatnya menjadi kaya dan tidak meminta-minta. Sesuai dengan hadis Baginda Rasulullah: Berusaha didunia ini seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari.
Sebagai muslim, kita harus menjadi kaya!!
Mengapa?
Kerana kita dituntut menjadi kaya! Untuk menyempurnakan kelima-lima RUKUN ISLAM, sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi kaya dan berharta. Mana mungkin kita menegakkan RUKUN ISLAM ke 4 dan 5 jika kita tidak berharta. Menunaikan ZAKAT (rukun ke4) dan FARDHU HAJI (rukun ke5) memerlukan wang/harta!
Justeru itu,
Buang persepsi negatif terhadap wang!
Kita sering didendangkan dengan ungkapan-ungkapan negatif dan mungkin tertanam rapi dalam minda SEKIAN LAMA, seperti:
`Duit bukannya boleh dibawa masuk ke kubur’
ataupun,
Momokan peribahasa mat salih;
“Money is the root of all evil” dan “Money cannot buy happiness”
Mungkin juga kita terkesan dengan cerita-cerita di TV, yang menggambarkan watak-watak orang kaya yang selalunya jahat, tamak dan bongkak!!
Tidak dinafikan wang dan kekayaan membuat seseorang lalai dan alpa dengan kemewahannya, terpulang kepada kebijaksanaan untuk menerimanya dengan penuh rasa syukur. Kerana ALLAH adalah pemilik segala KHAZANAH ALAM, kepadaNYA kita meminta.
Ketiga:
Berusaha, Berusaha dan terus Berusaha untuk merealisasikannya!!!!...
Ketahuilah, pendapatan yang besar belum tentu membuat seseorang itu menjadi KAYA. Apa yang penting bagaimana aliran wang masuk ke dalam saku kita diuruskan dengan bijak.
Kita selalunya tidak memberi perhatian kepada apa yang kita telah miliki. Kita seringkali menitikberatkan bagaimana untuk mendapatkan wang dari luar yang belum pasti menjadi milik kita.
Oleh itu, wang telah kita dimiliki perlu diuruskan dengan baik supaya kita berjaya menyimpannya walaupun sedikit!!! Kerana wang yang disimpan dan dilaburkan akan menentu tahap kewangan kita yang sebenar.
Seperti kata pepatah mat salih “MONEY BREEDS MONEY”
Moga kita semua diberi kelapangan rezeki yang halal dan diredhai ALLAH swt.
Sunday, November 14, 2010
Dealer Public Gold yang sah - A1226
Dealer Public Gold yang sah, diiktiraf Menjual dan Membeli Jongkong Emas dan Syiling Emas.
Cth: Gold bar 20gm & Gold coin 50gm
Bersama Joonnee di Public Gold - SP Branch
Wednesday, October 13, 2010
Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.
Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold) adalah di antara syarikat yang menawarkan produk bagi tujuan pelaburan emas di Malaysia . Ia merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dan dijual pada harga pasaran antarabangsa.
Syarikat ini beralamat di Penang .
Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang .
www.publicgold.com.my
Tel : 04-644 9999
PRODUK EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD.
Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.
Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa. Di mana pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara ‘live’ di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my dan membeli emas tersebut melalui agen Public Gold.
BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:
1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda
2. Membeli terus daripada Public Gold.
Jika anda ingin membeli terus daripada Public Gold maka anda boleh menelefon pejabat Public Gold di talian Tel : 04-644 9999.
Kos penghantaran untuk 20 gram ialah RM10, 50 gram ialah RM20 dan 100 gram ialah RM30. Sila layari web www.publicgold.com.my untuk perincian lanjut.
KELEBIHAN MEMBELI EMAS DARI PUBLIC GOLD.
1. Stok sentiasa ada. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4. Spread yang rendah (antara 5% - 6%)
5. Agen Public Gold terdapat di seluruh Malaysia . Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walau pun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tetapi kena berurusan terus dengan main office di Pulau Pinang.
9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.
Bagaimana untuk membuat pelaburan emas?
1. Pelaburan secara emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas
Pelaburan emas secara fizikal.
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain daripada itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%). Jadi, jika hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan beli emas dalam bentuk barang kemas.
Institusi yang menjual emas pelaburan.
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
Kenapa perlu miliki emas?
Emas ialah kekayaan sebenarnya kerana nilainya tidak akan susut tetapi akan terus meningkat. Selain daripada itu emas tidak akan rosak dan sukar binasa dalam sebarang bencana seperti kebakaran, banjir dan sebagainya. Faktor ini merupakan penyebab utama mengapa emas menjadi penyimpan kekayaan yang sebenar kepada manusia.
Emas adalah aset yang terunggul.
Emas telah diterima dan dianggap sebagai logam paling bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
Sebagai contoh: Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka. Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam . Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.
Emas tidak boleh dimanipulasikan.
Emas terlalu istimewa kerana ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta atau diada-adakan!. Justeru itu iatidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yangmenggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi.
Monday, October 4, 2010
Beli emas pelaburan tepat
Emas logam paling berharga yang tidak mengalami susutnilai malah nilainya akan meningkat dari masa ke semasa.
Membeli emas merupakan pelaburan yang bijak kerana:
Membeli emas merupakan pelaburan yang bijak kerana:
1. Emas adalah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang berbanding wang kertas yang senang dimanipulasi dan nilai mukanya tidak terjamin bagi jangkamasa panjang.
3. Emas adalah aset yang terunggul
4. Nilai emas sukar dimanipulasikan dan tidak terjejas dengan ancaman inflasi
Subscribe to:
Posts (Atom)