Sunday, February 27, 2011

7 sebab HARGA EMAS akan MENINGKAT tinggi akhir 2011


Harga emas dijangka akan meningkat sehingga 1700 dolar/oz pada akhir tahun 2011. 
7 faktor asas yang menyumbang kepada kenaikan harga emas:
 Pertama;
Dasar fiscal dan kewangan serta kadar hutang Negara AS yang semakin meningkat dan kemorosotan nilai dolar US akan menyebabkan kadar inflasi global meningkat tinggi.
Kedua;
Ketidakstabilan krisis ekonomi di negara eropah, terutamanya terhadap penerimaan penggunaan euro sebagai matawang dirantau eropah telah menyebabkan kemerosotan pengukuhan nilai mata wang tersebut.
Ketiga;
Negara China telah muncul sebagai sebuah Negara mengimpot emas sebagai pelaburan negara. Ia juga sebagai dasar Negara yang menyokong pemilikan emas bagi mengatasi masalah inflasi negaranya.
Keempat;
Permintaan emas yang sentiasa meningkat dan berterusan dari Negara India dan lain-lain Negara ASIA.
Kelima;
Kemerosotan kekukuhan nilai dolar AS dan euro berbanding dengan China dan Rusia yang menggunakan simpanan emas sebagai rezab matawang mereka.
Keenam;
Peningkatan pelaburan emas di AS dan Negara Eropah secara runcit dan institusi menyebakan permintaan terhadap emas di Negara tersebut semakin menarik.
Ketujuh;
Kekurangan pengeluaran dari lombong-lombong emas dalam 5 tahun akan datang bagi menampung permintaan terhadap barang kemas, pelaburan dan sebagai rezab mata wang sesebuah Negara adalah penyumbang terbesar terhadap peningkatan harga emas global!!


Rujukan: Mineweb


Monday, February 21, 2011

Mengapa PILIH emas dari Public Gold?

Terdapat 3 ciri istimewa emas yang ditawarkan oleh Public Gold (PG):



Pertama;

  • Ketulenan emas dari PG diiktiraf di peringkat antarabangsa. Bermakna ia sah/laku di mana-mana...


Kedua;
  • Emas yang didagangkan oleh PG berasaskan harga semasa antarabangsa. Harga emas PG akan berubah setiap 20 minit mengikut turun naik harga emas antarabangsa. Lihat harga semasa PG dan 'international live price' di side bar.
Ketiga;
  • 'Spread' yang dikenakan oleh PG adalah rendah iaitu 5% sahaja, berbanding dengan 20%-30% (spread/susutnilai) yang dikenakan oleh kedai-kedai emas semasa membeli balik emas dari pelanggannya.

Thursday, February 17, 2011

Emas pelaburan 'SENYAP' yang menguntungkan!!!

Kemerosotan nilai mata wang kertas (fiat money) menyebabkan emas memainkan peranan tradisionalnya membendung kekayaan sebenar sesebuah negara, agama dan bangsanya... Ia telah diterima sebagai logam yang paling UNIK, DINAMIK dan amat berharga. 

Nilai EMAS yang sentiasa  meningkat akan mampu menggandakan kekayaan sebenar seseorang secara 'SENYAP', kerana ia tidak terjejas dengan kekangan kadar inflasi. 
Terbukti...
Nilai emas telah meningkat 5 kali ganda dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Dan dipercayai nilai emas akan terus mengekalkan prestasi yang sama di tahun-tahun akan datang.

Pergerakan harga emas dalam tempoh 10 tahun

Memiliki dan menyimpan emas telah dilihat sebagai ruang pelaburan yang amat lumayan.

REBUT PELUANG MEMILIKI EMAS, SEBAGAI PELABURAN JANGKA PANJANG YANG MAMPU MEMBERI PULANGAN BERGANDA..

Rujukan: MineWeb

Thursday, February 10, 2011

DISEMBER bulan MENUAI HASIL KEUNTUNGAN EMAS

Entry kali ini saya ingin berkongsi info atau tip waktu/masa sesuai membeli dan menjual emas!!!

Menurut satu kajian, naik turun harga emas antarabangsa telah membentuk corak pergerakan harga yang tersendiri. Hasil kajian menunjukkan naik turun harga emas akan mengalami pusingan harga terendah (bottoming cycle) pada setiap 12.5 bulan. 


Harga emas akan jatuh pada paras terendah pada setiap pertengahan Januari dan awal Februari. Pusingan harga rendah tersebut telah dicatat dari Jan 2004, Jan 2005 hingga Januari 2011.

Pusingan harga ini ditunjuk dengan jelas dalam graf di bawah:
1-feb-1.png

TiP: Pelabur-pelabur atau bakal pelabur emas boleh mengambil peluang – JANUARI BELI EMAS ; DISEMBER JUAL EMAS bagi menuai hasil keuntungan!!!!sebagai pelaburan jangka pendek....

Sumber: Financial Sense

Saturday, February 5, 2011

PERAK jugak LumaYan seumpama EMAS!!!!

Melabur dengan PERAK jugak tidak kurang lumayannya! Ia seumpama KEMBAR kepada EMAS.... Peningkatan harga perak kebelakangan ini, amat memberangsangkan... Setanding peningkatan harga emas! 

Mengikut sumber, perak pernah diniagakan sekitar 7.5 dolar/oz pada tahun 2005, sama harganya dengan sebungkus sandwich tuna di US ketika itu. Namun begitu pada akhir-akhir ini, harga perak telah melonjak  naik secara mendadak dari tahun 2005  hingga 2010 iaitu sebanyak 360% berbanding dengan harga emas meningkat 320% dalam jangkamasa tempoh yang sama.


Secara perbandingannya, dalam 5 tahun kebelakangan ini harga perak didapati melonjak naik setanding dengan harga EMAS. Ia menunjukkan perak mempunyai kelebihan pelaburan yang amat  MENARIK, yang tidak boleh dipandang remeh.



Source: http://www.financialsense.com/contributors/tony-richardson/invest-in-silver-or-gold-a-biblical-perspective

Thursday, February 3, 2011

Harga emas sedang menghadapi koreksi harga yang besar!!!!

Menurut Gold Council Community Online yang diesktrak sebagai berikut:


Harga emas sedang mengalami pelarasan/koreksi harga yang besar pada minggu terakhir Januari dan awal Februari, membuatkan pelabur-pelabur emas menjadi PANIK!!!

Pasaran emas antarabangsa menunjukkan penurunan harga emas sebanyak 1%. Ia dipercayai disebabkan oleh jualan secara teknikal...yang dijangka mencecah harga rendah sehingga 1316 dolar/oz. iaitu mengalami pelarasan/koreksi harga >7%. Dan harga dijangka turun sehingga 1295-1280 dolar/oz dalam masa terdekat!....

Harga emas dijangka akan melonjak naik selepas mencecah harga rendah iaitu di paras 1260-1300 dolar/oz. 


Pelabur-pelabur emas berpeluang membeli emas pada harga RENDAH sekitar 1260 dolar/oz dan mengambil untung sekitar harga yang dijangka akan meningkat kepada angka 1600 dolar/oz pada akhir tahun ini...