Tuesday, March 29, 2011

Jom baca...EMAS di sebalik sejarah Negara MESIR

Sejarah Mesir mencatatkan penggunaan emas yang lebih agung dari mana-mana bangsa atau tamadun didunia ini. Emas dipakai oleh raja, pembesar dan digunakan dalam setiap upacara kebesaran negara. Semasa pemerintahan zaman firaun, bangsa Mesir menyembah matahari dan menganggap emas adalah satu bentuk tuhan yang berada di bumi. Mungkin, ketika itu hanya logam emas yang berkilau seperti kilauan matahari sama seperti tuhan mereka.

Jadi tidak hairan jika setiap makam firaun, piramid dan semua tempat bersejarah di Mesir mempunyai bilik rahsia yang terkandung di dalamnya ratusan juta artifak diperbuat daripada emas. Ini termasuk keranda diraja, lapisan luar mayat diraja, bekas mayat binatang diraja dan sebagainya diperbuat daripada emas.

Tambahan pula, sistem penghambaan ketika dahulu memudahkan raja-raja Mesir memperhambakan mana-mana bangsa selain daripada mereka menggali emas terutamanya di Lembah Sungai Nil berdekatan dengan Laut Merah dan di Nubia. Hamba-hamba tersebut dikawal ketat oleh pasukan tentera diraja. Suatu yang bukan lagi rahsia ketika itu, hamba yang dibawa ke tempat perlombongan emas tidak akan kembali semula. Tempat perlombongan adalah sangat merbahaya dan dilakukan tanpa peralatan yang mencukupi.
Selepas kehabisan bekalan emas di Mesir, tenteranya menyerang JordanSyriaYemen untuk mendapatkan emas bagi upacara keagamaan mereka. Sehingga kini dilaporkan, terdapat 75% lagi artifak emas mesir masih tertanam di padang pasir dan menunggu masa untuk dikeluarkan.
Dalam Al-Quran juga ada menyebut saudara Nabi Musa A.S bernama Qarun mempunyai harta melimpah ruah malah melebihi kekayaan Firaun itu sendiri sebelum dia mati ditelan bumi. Kaedah sains telah membuktikan kewujudan emas ini (mungkin secara geo, seismic dan sonic)
Dan dengan tragisnya pada 2011, telah terbongkar rahsia kekayaan emas Presiden Hosni Mubarak yang memiliki bertan-tan emas mencecah nilai hampir RM200b. Ini di antara faktor yang telah menimbulkan jurang kekayaan di antara golongan pembesar dan rakyat biasa di Mesir, menyebabkan rakyat bangkit menuntut hak mereka…
Pada 11 Februari 2011 Hosni Mubarak, telah telah ditunjuk ‘jalan pulang’ oleh rakyatnya!

Saturday, March 26, 2011

Tip membeli BARANG KEMAS

Pertama:

Pastikan barang kemas yang ingin dibeli adala emas 916 atau emas 999. Ini bermaksud barang kemas 916 mempunyai kandungan emas 91.6%, manakala emas 999 mengandungi 99.9% emas. Dan untuk mengetahui ketulenannya periksa cop kandungan emas sama ada 916 atau 999 yang selalunya di ‘engraved’ di belakang barang kemas tersebut. Atau jika dibakar ia tidak meninggalkan kesan hangus kehitaman. Selalunya emas 999 jarang digunakan untuk barang kemas kerana ia terlalu lembut dan mudah lekuk.

Mustahak menentukan ketulenan emas kerana ia akan memberi nilai jangka panjang yang tinggi sama untuk dijual semula atau untuk dibuat gadaian.

Kedua:

Elakkan beli barang kemas yang mempunyai batu permata. Kerana barang kemas yang berbatu permata tidak mempunyai ‘2nd hand value’ yang tinggi. Nilai jualan semula amat rendah dan tidak diterima untuk gadaian. Ia amat merugikan. Jadikan koleksi barang kemas kita sebagai aset dan bukan sesuatu yang merugikan!


SALAM SUKSES.


Saturday, March 19, 2011

Tip Celik EMAS - dari Dato' Salleh Majid

Di sini saya ingi berkongsi artikel yang dipetik dari Arkib Utusan Online (14 November 2009) yang telah dikupas oleh Dato' Salleh Majid bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), seperti berikut:

Elok melabur dalam bentuk emas
"MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.
Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.
Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?
Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.
Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.
Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.


Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.
Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah."
DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).
//....
Saya percaya Artikel ini boleh dijadikan sebagai TIP CELIK EMAS kepada semua dan ia amat membantu dalam merancang pelaburan masa hadapan dengan lebih bijak.
 SALAM SUKSES.

Saturday, March 12, 2011

RAHSIA EMAS - penyelamat WANG SIMPANAN…


Di entri ini saya ingin berkongsi info tentang RAHSIA EMAS, bagaimana ia bertindak sebagai sandaran/penyelamat kepada mata wang (WANG KERTAS). Kita mungkin kurang memahami bagaimana bank-bank pusat menggunakan emas sebagai rizab kepada pengeluaran/(cetakan) wang kertas! Atau mungkin kita berfikir, itu usaha pihak kerajaan/ pakar-pakar ekonomi/ banker yang menguruskannya!!!

Sebenarnya, fungsi emas sebagai sandaran/penyelamat mata wang kertas akan lebih mudah difahami, kerana secara praktikalnya ia juga boleh diguna sebagai penyelamat kepada wang simpanan seseorang.

Cuba lihat dan amati senario di bawah:

Minggu lepas, seorang kawan datang bercerita tentang masalah anak yang sedang belajar di salah sebuah IPT. Anaknya berada di tahun akhir. Dengan linangan air mata, dia menceritakan masalahnya yang terpaksa membayar yuran pembiayaan pengajian anaknya.

“Tahun ni, anak saya tak capai ‘pointer’ yang ditetapkan pihak university, jadi kami terpaksa  membayar sendiri yuran pengajiannya pada tahun akhir, itu syarat yang dikenakan university…., yang buat saya sedih sangat bila anak saya phone..dia cakap yang dia dah berusaha belajar sedaya upaya supaya tak bebankan kami”, dia bercerita dengan nada yang tersekat-sekat…

“Course EE yang dia ambik tu memang tough”, tambahnya…

“Memang pun, semasa di university dulu pun, course tu memang tak ramai yang grad, boleh di bilang dengan jari”, balas saya setuju dengan pendapatnya.

“Berapa banyak awak kena bayar?, saya bertanya..

“Banyak jugak…lebih kurang 10 ribu”,.jawabnya…

“Banyak tu…” jawab saya penuh simpati

“Itu lah suami berjimat, simpan duit, untuk diguna pada masa-masa macam ni lah, duit kami simpan memang untuk keperluan anak-anak”, tambah beliau..

Saya memberi penuh perhatian kepada ceritanya dan sangat bersimpati dengan masalah yang sedang beliau hadapi.. Tapi saya hanya terdiam. Sekiranya saya mampu menerangkan begini untuk mengatasi masalahnya, duit simpanannya itu tidak habis malah bertambah!!!

BAGAIMANA?

Di sini letaknya RAHSIA EMAS, sebagai penyelamat mata wang berperanan….

Jika kita sudah ada sejumlah duit simpanan, iaitu setelah bertahun-tahun mengikat perut berjimat-cermat, jangan biarkan wang simpanan itu habis atau hilang begitu saja…

Mengambil contoh di atas, sekiranya kita sudah ada wang simpanan sejumlah RM15,000.00, dan terpaksa membuat bayaran yuran pengajian anak sebanyak RM10,000.00. Kita tidak seharusnya membayarnya secara tunai dengan duit simpanan kita itu.

Apa yang perlu kita buat adalah:

Langkah pertama:
Kita seharusnya membeli emas bernilai RM15,000.00 dengan Wang Simpanan tersebut

Langkah kedua:
Dapatkan perkhidmatan Ar-Rahn/buat gadaian di mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan tersebut (i.e AgroBank) – kita ditawar nilai gadaian/wang tunai (70%) dari nilai emas; bermakna kita akan dapat wang tunai sebanyak (70% dari 15,000.00) iaitu lebih kurang RM10,500.00.

Langkah ketiga:
Gunakan wang yang diperolehi dari gadaian emas itu, sebanyak RM10,000.00 untuk buat bayaran yuran.

Langkah keempat:
Bayar hutang Ar-Rahn secara bulanan kepada bank dalam tempoh yang tertentu (i.e selama 5 tahun)

Lihat, apa akan terjadi selepas 5 TAHUN kepada gadaian emas di atas?

  1. Kita akan dapat melangsaikan hutang Ar-Rahn.
  2. Bila hutang Ar-Rahnu selesai bermakna telah dapat MENEBUS emas tersebut, ia akan menjadi milik kita sepenuhnya; dan PALING MENARIKNYA
  3. Selepas tempoh 5 tahun, kita mendapat balik emas tersebut dengan nilai yang belipat berganda!!

MENGAPA??...

Kerana mengikut sejarah nilai EMAS akan meningkat dari 20-35% setahun, bayangkan dalam masa tempoh gadaian 5 tahun!!! Mengikut congakan kasar nilai emas yang ditebus itu sudah mencecah RM30,000.00.

Carta peningkatan harga/nilai emas dalam tempoh 10 tahun

NAH,
Yuran pengajian langsai;
Wang simpanan (EMAS) bertambah!!!

Kita juga boleh menngunakan kaedah ini dalam sebarang urusan PERBELANJAAN kewangan kita sama ada membayar yuran, membeli kereta, perabot atau sebagainya..

Begitulah hebat dan  istimewanya RAHSIA EMAS.

“BERUPAYA MEMBANTU MENGUKUH KEWANGAN DAN EKONOMI KELUARGA SEKIRANYA KITA BIJAK MENGGUNAKANNYA MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL”

Diharap TIP ini dapat dimanfaatkan bersama. Semoga kita semua diberi kelapangan rezeki…

Wednesday, March 2, 2011

"DEMAM EMAS" sedang menular serata pelusuk dunia...

Senario di bawah adalah punca pencetus Demam Emas, semakin menular di kalangan penduduk dunia:
  1. Keadaan geopolitik dan pergolakan di timur tengah dan utara Afrika; 
  2. Kejatuhan saham Jepun; 
  3. Gempa bumi di Christchurh pada Selasa minggu lalu yang telah memberi kesan kepada nilai "KIWI DOLAR" merosot;
  4. Tunjuk perasaan menentang golongan orang berada di ATHEN, menyebabkan senario bandar tersebut bertukar menjadi tidak stabil;
  5. Krisis di Libya yang menyebabkan harga minyak melambung;
  6. Bank-bank pusat yang selama ini menjual EMAS, kini telah membeli EMAS sebagai rizab penyandang matawang;
  7. Kerajaan, institusi pelaburan dan individu dari seluruh negara sedang berlumba-lumba membeli EMAS;
  8. Pelabur-pelabur dari Negara China, Rusia, India, Arab dan Negara Asia telah memilih jongkong dan dinar emas sebagai pelaburan mereka. Tren ini akan terus meningkat di tahun-tahun akan datang;
  9. Penawaran emas, tidak sama dengan teori ekonomi di mana: Permintaan bertambah,  pengeluaran/penawaran akan meningkat! kerana pengeluaran EMAS adalah terhad. EMAS adalah barangan yang tidak boleh dihasil dan DICIPTA oleh manusia!!!
Faktor-faktor di atas telah memberi kesan besar terhadap permintaan emas dunia, sama ada oleh kerajaan, pelabur-pelabur dan individu. Mereka telah berlumba-lumba membeli emas sebagai langkah untuk menghadapi ancaman INFLASI.....