Saturday, March 12, 2011

RAHSIA EMAS - penyelamat WANG SIMPANAN…


Di entri ini saya ingin berkongsi info tentang RAHSIA EMAS, bagaimana ia bertindak sebagai sandaran/penyelamat kepada mata wang (WANG KERTAS). Kita mungkin kurang memahami bagaimana bank-bank pusat menggunakan emas sebagai rizab kepada pengeluaran/(cetakan) wang kertas! Atau mungkin kita berfikir, itu usaha pihak kerajaan/ pakar-pakar ekonomi/ banker yang menguruskannya!!!

Sebenarnya, fungsi emas sebagai sandaran/penyelamat mata wang kertas akan lebih mudah difahami, kerana secara praktikalnya ia juga boleh diguna sebagai penyelamat kepada wang simpanan seseorang.

Cuba lihat dan amati senario di bawah:

Minggu lepas, seorang kawan datang bercerita tentang masalah anak yang sedang belajar di salah sebuah IPT. Anaknya berada di tahun akhir. Dengan linangan air mata, dia menceritakan masalahnya yang terpaksa membayar yuran pembiayaan pengajian anaknya.

“Tahun ni, anak saya tak capai ‘pointer’ yang ditetapkan pihak university, jadi kami terpaksa  membayar sendiri yuran pengajiannya pada tahun akhir, itu syarat yang dikenakan university…., yang buat saya sedih sangat bila anak saya phone..dia cakap yang dia dah berusaha belajar sedaya upaya supaya tak bebankan kami”, dia bercerita dengan nada yang tersekat-sekat…

“Course EE yang dia ambik tu memang tough”, tambahnya…

“Memang pun, semasa di university dulu pun, course tu memang tak ramai yang grad, boleh di bilang dengan jari”, balas saya setuju dengan pendapatnya.

“Berapa banyak awak kena bayar?, saya bertanya..

“Banyak jugak…lebih kurang 10 ribu”,.jawabnya…

“Banyak tu…” jawab saya penuh simpati

“Itu lah suami berjimat, simpan duit, untuk diguna pada masa-masa macam ni lah, duit kami simpan memang untuk keperluan anak-anak”, tambah beliau..

Saya memberi penuh perhatian kepada ceritanya dan sangat bersimpati dengan masalah yang sedang beliau hadapi.. Tapi saya hanya terdiam. Sekiranya saya mampu menerangkan begini untuk mengatasi masalahnya, duit simpanannya itu tidak habis malah bertambah!!!

BAGAIMANA?

Di sini letaknya RAHSIA EMAS, sebagai penyelamat mata wang berperanan….

Jika kita sudah ada sejumlah duit simpanan, iaitu setelah bertahun-tahun mengikat perut berjimat-cermat, jangan biarkan wang simpanan itu habis atau hilang begitu saja…

Mengambil contoh di atas, sekiranya kita sudah ada wang simpanan sejumlah RM15,000.00, dan terpaksa membuat bayaran yuran pengajian anak sebanyak RM10,000.00. Kita tidak seharusnya membayarnya secara tunai dengan duit simpanan kita itu.

Apa yang perlu kita buat adalah:

Langkah pertama:
Kita seharusnya membeli emas bernilai RM15,000.00 dengan Wang Simpanan tersebut

Langkah kedua:
Dapatkan perkhidmatan Ar-Rahn/buat gadaian di mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan tersebut (i.e AgroBank) – kita ditawar nilai gadaian/wang tunai (70%) dari nilai emas; bermakna kita akan dapat wang tunai sebanyak (70% dari 15,000.00) iaitu lebih kurang RM10,500.00.

Langkah ketiga:
Gunakan wang yang diperolehi dari gadaian emas itu, sebanyak RM10,000.00 untuk buat bayaran yuran.

Langkah keempat:
Bayar hutang Ar-Rahn secara bulanan kepada bank dalam tempoh yang tertentu (i.e selama 5 tahun)

Lihat, apa akan terjadi selepas 5 TAHUN kepada gadaian emas di atas?

  1. Kita akan dapat melangsaikan hutang Ar-Rahn.
  2. Bila hutang Ar-Rahnu selesai bermakna telah dapat MENEBUS emas tersebut, ia akan menjadi milik kita sepenuhnya; dan PALING MENARIKNYA
  3. Selepas tempoh 5 tahun, kita mendapat balik emas tersebut dengan nilai yang belipat berganda!!

MENGAPA??...

Kerana mengikut sejarah nilai EMAS akan meningkat dari 20-35% setahun, bayangkan dalam masa tempoh gadaian 5 tahun!!! Mengikut congakan kasar nilai emas yang ditebus itu sudah mencecah RM30,000.00.

Carta peningkatan harga/nilai emas dalam tempoh 10 tahun

NAH,
Yuran pengajian langsai;
Wang simpanan (EMAS) bertambah!!!

Kita juga boleh menngunakan kaedah ini dalam sebarang urusan PERBELANJAAN kewangan kita sama ada membayar yuran, membeli kereta, perabot atau sebagainya..

Begitulah hebat dan  istimewanya RAHSIA EMAS.

“BERUPAYA MEMBANTU MENGUKUH KEWANGAN DAN EKONOMI KELUARGA SEKIRANYA KITA BIJAK MENGGUNAKANNYA MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL”

Diharap TIP ini dapat dimanfaatkan bersama. Semoga kita semua diberi kelapangan rezeki…

4 comments:

  1. kami nak jadi kaya gak.....tq

    ReplyDelete
  2. Hello! Thanks for thee visit, visiting...Happy day from Hungary: Joli :)
    http://joli.extra.hu/

    ReplyDelete
  3. NoUna dHo..

    Kunjungan pErtama..
    BLog yg Bgus..
    Q suKa..
    Nice to mEet yOu..

    Visit and fOllow Back My bLog Ea??

    ReplyDelete
  4. Paling minimum berape kite leh beli?

    ReplyDelete