Sejarah Mesir mencatatkan penggunaan emas yang lebih agung dari mana-mana bangsa atau tamadun didunia ini. Emas dipakai oleh raja, pembesar dan digunakan dalam setiap upacara kebesaran negara. Semasa pemerintahan zaman firaun, bangsa Mesir menyembah matahari dan menganggap emas adalah satu bentuk tuhan yang berada di bumi. Mungkin, ketika itu hanya logam emas yang berkilau seperti kilauan matahari sama seperti tuhan mereka.
Jadi tidak hairan jika setiap makam firaun, piramid dan semua tempat bersejarah di Mesir mempunyai bilik rahsia yang terkandung di dalamnya ratusan juta artifak diperbuat daripada emas. Ini termasuk keranda diraja, lapisan luar mayat diraja, bekas mayat binatang diraja dan sebagainya diperbuat daripada emas.
Selepas kehabisan bekalan emas di Mesir, tenteranya menyerang Jordan , Syria , Yemen untuk mendapatkan emas bagi upacara keagamaan mereka. Sehingga kini dilaporkan, terdapat 75% lagi artifak emas mesir masih tertanam di padang pasir dan menunggu masa untuk dikeluarkan.
Dalam Al-Quran juga ada menyebut saudara Nabi Musa A.S bernama Qarun mempunyai harta melimpah ruah malah melebihi kekayaan Firaun itu sendiri sebelum dia mati ditelan bumi. Kaedah sains telah membuktikan kewujudan emas ini (mungkin secara geo, seismic dan sonic)
Dan dengan tragisnya pada 2011, telah terbongkar rahsia kekayaan emas Presiden Hosni Mubarak yang memiliki bertan-tan emas mencecah nilai hampir RM200b. Ini di antara faktor yang telah menimbulkan jurang kekayaan di antara golongan pembesar dan rakyat biasa di Mesir, menyebabkan rakyat bangkit menuntut hak mereka…
Pada 11 Februari 2011 Hosni Mubarak, telah telah ditunjuk ‘jalan pulang’ oleh rakyatnya!
No comments:
Post a Comment