Monday, July 25, 2011

Bagaimana harga emas ditentukan?


Harga emas pada asasnya dipengaruhi oleh jumlah permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun terdapat kaedah penetapan harga emas yang dipersetujui oleh semua yang terlibat dalam industri ini yang dikenali sebagai London Gold Market Fixing Ltd (LGMF).

Ia dianggotai oleh 5 buah pusat dagangan antarabangsa iaitu New York, London, Zurich, Tokyo dan Hong Kong.  Mereka akan bermesyuarat melalui telefon 2 kali sehari iaitu pada 10.30 pagi dan 3.00 petang bagi penetapan pergerakan harga emas antarabangsa.

Harga bersih jualan dan belian yang dikeluarkan dikenali sebagai ‘London Fix’. Harga ditetapkan dalam nilai Dolar Amerika, Pound Sterling GB dan Euro. Harga London Fix ini adalah menjadi penanda aras harga emas di seluruh dunia bagi menetapkan harga emas Negara masing-masing.

Harga asas emas di Malaysia ditentukan oleh Bank Negara Malaysia yang boleh dirujuk melalui laman web rasminya. Harga rujukan bagi emas 999.

Selain dari harga semasa, perkara-perkara yang diambilkira dalam menentukan harga emas bagi sesuatu produk ialah:

  • Kos upah (mintage cost)
  • Kandungan emas (emas 999/950/916)
  • Kos pengangkutan (delivery cost)
  • Jenis produk

Manakala harga asas barang kemas dikeluarkan oleh Persatuan Tukang Emas dan Permata Malaysia (Federation of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia, FGJAM). Ia dipatuhi oleh semua kedai-kedai emas berdaftar di bawahnya. Kebiasaannya harga ini tidak dikemaskini setiap hari seperti emas yang dijual dibank atau syarikat pelaburan emas.

Rujukan: Pelaburan Emas - Saat Sukami

SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

No comments:

Post a Comment