Salam ukhwah…
Emas. Pelaburan yang sudah mula mendapat perhatian umum….
Persoalaannya mengapa simpan/labur emas?
pic - google
Sebenarnya, banyak keistimewaan akan dinikmati oleh pemilik emas. Terdapat 4 sebab paling utama mengapa kita perlu ada emas:
1. Benteng kepada inflasi;
Secara realitinya inflasi adalah pemusnah nilai wang kertas lebih besar dan pantas daripada kadar inflasi yang diumumkan oleh sesebuah kerajaan. Terkini, kadar inflasi adalah lebih tinggi dari apa yang telah dilaporkan US government. Tetapi nilai emas kekal bertahan tanpa terjejas nilainya dengan lonjakan ini. Ia terbukti dengan kenaikan nilai emas dalam beberapa tahun sebelum ini.
2. Kejatuhan sistem kewangan ( mata wang kertas -fiat money)
Ini di antara faktor yang amat ditakuti. Di mana para pakar kewangan dunia mengelak daripada bercakap mengenai perkara ini secara terbuka! Tetapi secara realitinya krisis kewangan dunia seolah-olah seperti telur di hujung tanduk… Dan diyakini emas sebagai penyelamat kepada kejatuhan ini. Lain-lain asset seperti kereta, rumah dan sebagainya terlalu “volatile” dan akan lenyap ditelan masa!
“Gold is God’s money”
3. Penyimpan nilai kekayaan bagi jangkamasa panjang
Emas telah mencatat rekod sejarah keistimewaannya sejak bermulanya tamadun awal manusia lagi… Sejarah juga mencatat jatuh/bangun sesebuah tamadun, begitu juga rumah, syarikat korporat - musnah dan silih berganti…tapi “a box of gold” tetap bersinar sepanjang masa!
4. Nilai emas sentiasa meningkat (Profit Potential)
Kita sebenarnya hanya baru berada di pertengahan perkembangan pasaran emas (gold bull market)! Jadi ia menjanjikan potensi keuntungan yang besar kepada para pelabur emas! Ekonomi dunia masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kembali pulih dalam masa terdekat ini…dan Federal Reserve masih berkira-kira untuk terus mencetak trillion wang kertas sebagai jalan pintas menangani krisis tersebut. Dengan keadaan ekonomi yang masih tidak menentu ini banyak memberi kelebihan kepada pelabur EMAS!!
Sumber: livegoldprices.com
SELAMAT MELABUR
SALAM SUKSES
lady nak simpan emas sebab.. nanti kalau xde duit leh gadai.. hehehe..
ReplyDeletebetui tu lady...satu perancangan kewangan yang baik...
ReplyDelete