Thursday, December 22, 2011

Simpan emas FIZIKAL atau GOLD PASSBOOK?

Salam ukhwah…

Ramai yang bertanya saya mana lebih baik simpan emas bentuk fizikal atau GOLD PASSBOOK???

Sebenarnya saya bukan orang yang terlalu arif untuk menjawab soaalan hebat ini. Cuma saya cuba untuk memberi info daripada sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Saya mohon berlindung dari kekhilafan sekira info yang saya tulis ini jauh daripada hikmahnya yang sebenar.

Senarionya begini:

Sekiranya kita menyimpan emas fizikal bermakna kita:

i.                    menyimpan nilainya yang sebenar, bukannya nilai di atas kertas seperti dalam PASSBOOK – BANK. Melalui PASSBOOK, simpanan wang kita hanya didasarkan kepada harga emas semasa. Kita bukan menyimpan EMAS sebenarnya!
ii.                 secara fizikalnya emas mempunyai auranya yang tersendiri; dengan emas fizikal kita dapat melihat kilauannya, menyentuh dan menghargai kewujudannya dan berusahan untuk menjaga/menyimpan ditempat paling selamat!.
Dan;

Emas adalah lambang kejayaan dan kemenangan dunia dan akhirat..

Contoh: PIALA DUNIA 2010 - diperbuat daripada emas 18 Karat, seberatnya 5 kilogram dengan ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter)


piala dunia 2010 - pic google

Emas juga dianugerah kepada setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, yang mana Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.

Sebagaimana Firman Allah SWT, surah Al-Hajj ayat 23 yang bermaksud:

Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Ternyata emas merupakan logam yang sungguh mulia dan amat istimewa di dunia dan juga akhirat !. Keistemewaan ini bersifat universal ataupun sejagat..

Dan cuba bayangkan piala dunia 2010 hanya itu digambarkan saja dalam bentuk imej atau dalam simpanan album dan dicatatkan nilainya sahaja…tanpa dizahirkan dalam bentuk fizikal, kerana bimbang kalau-kalau ia DIROMPAK! Ia tidak dapat disentuh, dicium sebagai tanda meraikan kegembiraan.

Kalaulah begitu caranya piala emas dihadiahkan…mungkin kemenangan dan kejayaan yang menjadi buruan itu tidak SEMERIAH mana!!!

Dengan perbandingan ini mungkin terjawab soalan di atas yang sering bermain difikiran kebanyakan kita…..


SELAMAT MELABUR

SALAM SUKSES

4 comments:

  1. yups
    memang betul tu
    kalau menang piala dunia dan dapat tulis nama je
    langsung tak seronok

    ReplyDelete
  2. kawan2 ciktom yg melabur emas ramai yg suggest emas fizikal bukannya melalui akaun buku...sbbnya lg better kte melabur sesuatu yg nmpk dn dpt diliha, pgg drpd sesuatu yg xnyata..huhu

    ReplyDelete
  3. kalau mcm tu piala dunia sudah tidak prestij lagi, kan tehr?

    ReplyDelete
  4. betui tu, CIK TOM....baru kita dapat merasai aura kilauan emas tu...apa2 pun CIK TOM selamat melabur dan sukses!!!!

    ReplyDelete